Unknown


Assalamualaikum..

hai korang.. ha ingat x aq da janji nak cite tentang kerja baru aq tu.. ok logo kat atas nie adalah logo company aq.. Alhamdulillah setelah hampir 2 bulan aq jadi penganggur terhormat akhirnya rezeki aq di GIIB rupanya.. aq xpernah pun terfikir yang aq akan dapat kerja kat situ.. ok meh aq citer dari time aq gi interview tu ek..

ok time aq di panggil interview tu aq memang cuak giler sebab nie first time aq dapat interview untuk position executive.. ea la sebab susah kot untuk fresh graduate yang 0 experience nak dipanggil untuk position executivedan selalunya untuk fresh graduate selalunya company akan bagi position officer dulu... so aq agak down sikit la.. dah la sesat hampir 45 minit ea time cari office.. dah la kene naik KTM dan berhenti di Subang Jaya.. first time kot aq datang sini... memang blur giler.. kesian MR.H dia temankan aq untuk interview kali nie berpeluh2 dia... call punya call cari punya cari dan hasilnya aq lambat datang interview 30 minit ea.. lahi la cuak dan memang fikir xdapat ler jawabnya... office aq kat Empire Tower.. tapi alhamdulillah sekali lagi Allah dah membantu aq sebab time aq sampai tu manager tengah sibuk sebab da client datang... heheheh so leh aq relax jab dalam 15 minit.. dan yang lagi buat aq down adalah sebab nie company Chinese dan hanya da 2 orang jer melayu yang kerja kat situ sorang di admin dan sorang lagi di customer service... dah la nak compete dengan candidate Chinese lagi.. so lagi la down... apa yang aq fikir sekarang nie aq just buat yang terbaik dan selebihnya berserah la pada Allah sebab bagi aq kalau Allah dah tetapkan kat sini aq kerja so kat sini nie la aq kerja tapi kalau Allah kata nie bukan tempat aq so buat macam ne pun mesti x dapat.. kan2? dan satu lagi masalah time aq interview tu manager tu kata aq punya interest lebih pada sale bukan branding or marketing.. wuuuaaaa lagi la down.... so aq pun balik la dengan hai t=yang kecewa...

tapi alhamdulillah akhirnya aq dapat kerja tu... untuk position Branding and Marketing Executive.. aq bersyukur sangat memang nie la yang aq nak sangat... dari Diploma lagi memang aq impikan nak kerja bahagian marketing dan alhamdulillah akhirnya aq dapat apa yang aq impikan.. so company aq nie adalah company yang jual raw material untuk buat tayar dan dh lama kat dalam industries rubber dan dah da 54 branch kat seluruh dunia.. so kerja aq jaga branding dan pastikan brand aq jadi makin tip top.. bagi aq yang fresh graduate nie.. memang blur sikit la tapi alhamdulillah walaupun company aq most of them Chinese tapi dieorang semua friendly, baik giler, dan sangat supportive.. so dierang semua la yang banyak bantu aq dalam setiap benda yang aq buat especially my manager kak Aliyah dan Joiss.. 19/9/2014 hari tu kiteorang buat gift exchange sempena christmas day.. hehehe agak pening jugak la nak bagi per tapi thanks to Nora aq dapat idea bagi jer Cat doll yang aq n MR,H jual dan hadiah tu dapat kat manager aq Kak Aliyah.. heheheh bukan main suka lagi dia.. ok dah penat bebel so sekarang nak bagi gambar sikit ea.. 
ha nie la kawan Malay aq kat sini.. yang kana sekali tu Kak Izah die Admin kat sini dan yang tengah tu Nora die department Customer service.. dieorang memang best dan selalu wat aq happy hehehe 

haaa tengok la muka bahagia kiteorang dengan hadiah masing2.. yang kana sekali tu la boss aq Kak Aliyah baik orang nya.. dan sebelah die tu la Joiss orang yang paling suportive dan banyak tolong aq kat sini.. yang sebelah dia tu kiteorang punya teaLady Fatimah merangkat Assistant semua orang.. hehehe die yang selalu tolong aq angkat barang, masukkan faiil dalam pendrive dan tolong orang lain juga. yang sebelah fatimah tu aq dah kenalkan tadi Nora dan Kak Izah dan yang kiri sekali tu Way Way, die bahagian marketing jugak dan baik sangat dan giler2 hehehe


nie pokok christmas kiteorang hasil tangan Fatimah dan Kak Izah  simple but nice.. cantik kan

hehehe nie hadiah yang aq dapat comel kan siap da cover lagi.. Thanks pada sesiapa yang bagi :)

ha nie la cat doll yang aq dan MR.H jual comel x.. kalau berminat leh la tinggalkan komen di bawah ea.. harga berpatutan..

nie bag yang aq guna untuk letak Cat doll aq sebagai hadiah.

itu saja la cerita untuk kali nie.. bye dan tq sebab sudi membaca cerita aq :)
  
Big Love and Hug
WanieZulkafli
 xoxo
Unknown

Assalamualaikum....

haaa nampak x logo kat atas tu?? UTS?? UTS Marketing Solutions?? apa tu ek?? hehehe bagi yang dah tahu xpe la tapi aq nak cerita jugak.. UTS nie adalah satu company yang menjual insurance.. aq dapat tahu tentang kerja nie pun dari kawan aq sebab boyfriend dia kerja kan situ dan dia kata so far ok la kerja kat situ dan gaji boleh cecah almost 2k and above plus comission.. $$$$ hahaha apa lagi aq pun nk try la sebab al maklumlah aq kan penganggur terhormat waktu tue..so aq pun arrange la interview kat situ dan yang paling best nya hari nie interview hari nie juga tahu result..

Kebanyakkan orang yang kerja kat sini adalah lepasan SPM hingga yang dah berumur 40++. dan alhamdulillah aq, MR.H dan eah kawan baik aq dapat kerja kat situ. Bile korang dah dapat keje kat situ korang akan diberi training selama 3 hari ea.  hehehe nak dijadikan cerita waktu interview tu aq dah dapat 2 orang kawan baru nani dan sofia. kedua-duanya ramah dan baik sangat..

ha nie la kawan2 aq waktu kat uts. yang kiri sekali tu la sofea, yang free hair tu nani, aq dan yang kana sekali tu la eah.

Aq training kat UTS tu 2 hari jer hehehe lepas tu aq berhenti hehhe nak tahu nape? sebab nya time hari first aq training kat situ aq dapat offer kerja kat GIIB (Godway Rubber Industries kat Subang Jaya.. Alhamdulillah sangat.. cuma aq pening nak terima ke x sebabnya aq dah start keje kat UTS kn.. so aq pun tanya la pendapat kawan2 kat sana dan semua suruh aq terima offer kat GIIB sebab kat UTS nie cuma contract dan yang penting kene buat sale kalau x dapat warning letter. tapi kat GIIB aq dapat permanent job as Marketing and Branding Executive. so dah ditolak tambah aq pun dicide nak terima GIIB hehhehe nanti aq citer pengalaman aq keke kat situ ea.. sekarang focus balik kat UTS ea.. 

Sebenarnya aq besyukur sangat sebab kali nie aq buat keputusan yang betul untuk berhenti UTS dan terima kerja di GIIB. sebabnya korang faham kan bila kerja yang berkaitan sale memang akan da target dan korang akan di push oleh team leader korang untuk buat sale sepatutnya kerja dari 9.30pg sampai 6.30 petang so kalau korang x dapat buat sale korang terpaksa stay sampai 7.30 dan itu x dikira OT ea.. Semuanya indah khabar dari rupa sebab waktu training trainee cakap senang jer buat sale.. senang nak dapat komision x da presure la bla bla bla.. tapi sebenarnya semua tu x betol pun.. 

nie semua based on pengalaman MR.H dan eah.. hari2 korang akan diberi tekanan untuk buat sale jugak kalau x dapat korang akan dapat warning letter.. bagi yang memang minat buat sale boleh la kerja at situ tapi bagi aq, MR.H da eah memang susah la sebab kiteorang memang x suka buat sale dan x suka hari2 kene pressure dengan team leader.. so lepas 2 hari aq berhenti, eah pulak berhenti lepas  seminggu kerja kat situ dan MR.H berhenti masa minggu ke 2.. huhuhuhu tapi alhamdulillah eah dah dapat kerja balik kat UNIKL di Admin gaji pun boleh tahan ler.. heheheh cuma yang sedih nya MR.H masih mencari kerja lagi..


ha so kesimpulan nya kat sini bagi sesiapa yang berminat nak buat sale tu boleh la kerja di UTS tapi bagi yang x minat better x yah buang masa korang sebab kalau korang berhenti separuh jalan korang x dapat gaji pon... so sebelum terima kerja tu better korang fikir betol2 apa sebenarnya yang korang minat dan jangan grab jer apa yang dapat nanti jadi macam kiteorang ler.. kerja berhenti kerja lagi berhenti lagi.. kan dah buang masa.. dan for those yang masih keliru apa minat korang aq cadangkan korang minta management training kat mana2 company dulu sebabnya time management training tu korang akan berubah2 department sekejab kat admin sekejab kat hr dan lain2 lagi selama korang wat management training tu.. so dari situ company akan tahu mana department yang sesuai dengan korang dan korang pun tahu department apap yang memang sesuai dengan minat korang.. so good luck  ea korang.. semoga kita semua dipermudahkan oleh Allah s.w.t dalam setiap urusan kita ea.. amin.. 

Big Love and Hug
WanieZulkafli
 xoxo
Unknown
Assalamualaikum readers.. ^_^

KERJA YANG MENIPU?? mesti korang terfikir apa yang cuba aq sampaikan kan?? hehehe kan aq dah janji nak kongsi cerita tentang kerja baru aq lepas aq kerja kat RHB BANK kn? so nie la yang aq nak cerita nie..

Korang ingat tak aq da cakap yang aq berhenti kerja kat RHB BANK sebab aq dapat kerja baru yang superb best giler.. hahaha ok kalau korang dapat kerja dengan gaji RM1800 setiap bulan dengan hanya key in data dan waktu kerja hanyala 4 jam jer.. apa orang rasa?? giler tak BEST mesti la BEST kan.. so tu la apa yang aq fikir.. tapi MR.H tak fikir macam aq sebab dia kata mana ada benda indah dalam dunia nie.. tapi bagi aq benda nie seronok dan indah hahahaha. tapi sebenarnya pelik jugak sebab kawan aq eah, MR.H dan aq sendri dah try buat research kat internet tentang company nie.. tapi x jumpa pun website die.. time gi interview tu pun pelik...

ok mana x pelik nya company tu size die kecik jer dan itu normal la kan.. tapi yang pelik tu company tu macam tak berapa utilize.. macam baru lagi pun da gak.. dah la time interview leh cakap macam kawan jer.. die xda tanya kita apa pun die trus gitahu yang kerja kat sini guna waktu US so waktu kerja jadi pendek dari pukul 2 sampai 6 petang jer.. just key in data.. dan da 2 group dalam office nie.. group 1 akan kerja dari pukul 9 ke 10 macam tu la x ingat tapi sampai pukul 2jer.. yang group 2 (group aq la) dari pukul 2 sampai 6 petang jer.. pelik kan.. tapi time tu dah rasa syok giler sebab waktu kerja yang heaven dan just key in data..dan orang tu tak bagi apa2 offer letter pun kat aq.. katanya minggu depan datang dan da training 3 hari lepas 3 hari tu nanti kita kene wat keputusan nak join ke x dan waktu tu baru dapat offer letter..

tapi sayangnya semua tu TIPU jer.. kawan aq amalina pergi daftar kat company tu dulu so dia la yang mula training kat situ dulu.. time training tu amalina kata kerja kitaorang bukan la key in data tapi macam sales.. kitaorang kene cari customer untuk company dan company tu rupa-rupanya buat investment EMAS katanya la.. dan yang paling sedey sekali kalau xdapat customer xda la gaji... APA XDA GAJI??? wuuuaaaa sape yang nak kerja macam tu... so waktu tu kitaorang terus tak gi training tu sebab kitaorang x nak kerja kat situ.. rasa tertipu sangat hari interview dah tanya banyak kali tapi dia cuma kata kene key in data tu jer... wuuuuaaaa time nie la rasa nyesal mula timbul.. nak kerja RHB BANK balik.. kene marah pun tak pela... asal da duet untuk hidup... tapi semuanya dah terlambat sebab one kita resign kat RHB BANK or mana2 bank la nama kita akan di FREEZE untuk kerja kat sawangan lain selama 5TAHUN.. 5TAHUN okey...  tapi x pela kiteorang ambik benda nie sebagai pengajaran dan pengalam yang ajar kiteorang untuk jadi lebih matang dalam buat sesuatu keputusan dan tindakan..

so conclusion untuk cerita nie.. sebelum buat apa2 keputusan buat research betul2 dan kalau da unsur2 yang mencurigakan better tak yah accept. takut kene tipu macam kiteorang or takut korang terkerja dengan company SCAM ha lagi la payah... so di sebabkan kes tu la aq jadi penganggur selama hampir 2 bulan.. wuuuaaa bagi aq yang selalu kerja 2BULAN tu lama kot... wuaaa..
so korang hati2 ea and GOOD LUCK dalam hidup korang.. ^_^

Big Love and Hug
WanieZulkafli
 xoxo
Unknown
Assalamaualaikum readers :)

Memandangkan aq tengah duk cari kerja lagi.. so blog aq nie akan penuh dengan cerita2 tentang kerja je la ea.. huhuhu tapi xpe korang jangan bosan ea sabab setiap entry kerja nie aq akan selitkan dengan cerita yang mungkin dapat membantu korang kalau korang pun nak kerja kat situ.. ok lets start our story!!


ok nampak tak logo tu.. haa log tu sama la macam tajuk entry kali nie.. aq nak kongsi dengan korang cerita tentang pengalaman aq kerja kat RHB bank sebagai TEMPORARY STAFF FOR CUSTOMER SERVICE AGENT.. ha kasi highlight sikit.. huhuhu . ok bila kita tengok temporary means aq keje kejab je la kat situ ea.. untuk 3 bulan jer.. tapi aq x sempat nak habiskan kontak aq pun sebabnya nanti aq cerita di next entry ea.. hehehe

ok first time masa aq dapat keje tu aq rasa happy giler sebab bagi aq customer service nie xda la susah sangat cuma kena handle dengan customer jer.. tapi OPSSS nampaknya aq silap.. susah jugak keje kat department customer service nie kalau hati korang tak kuat.. ea la mana x nya.. korang terpaksa berhadapan dengan bermacam2 perangai dan ragam manusia nanti.. da yang baik and ada yang rude.. klau JOB SCOPE untuk customer service nie xda la teruk sangat sebenarnya sebab korang just handle every problem yang customer ajukan kat korang dan korang akan di beri beberapa system yang membolehkan korang handle customer korang nanti..

Aq hanya diberi tempoh 2 minggu jer tau untuk training dan belajar 5 system sebelum aq mula kerja.. sush kot.. memang nampka macam lama jer 2 minggu tu tapi sebenarnya x cukup kot.. untuk aq yang x suka kerja dengan system nie lagi la aq rasa susah.. Lepas training 2 minggu kiteorang kene wat Buddy dan role play. Buddy nie maksudnya korang akan di tempatkan dengan partner korang. ada 2 jenis BUDDY yang aq dapat time tu. first kita kene Buddy dengan senior staff. so time tu kita akan dengar macam na dieorang handle customer dieorang, cara dieorang mulakan perbualan sampai habis..ok dari situ korang akan dapat sikit la idea macam na korang nak handle customer nanti.. then korang kena BUDDY dengna kawan korang yang sama training dengan korang// korang kene bergilir2 jawab panggilan customer dan boleh la korang sesama fikir cara nak settle kan problem customer nanti.. semua benda nie dalam waktu training yang 2 minggu tu tau.. dan watu tu jugak nanti orang kene buat role play. maksudnya berlakun macam tengah cakap dengan customer dan ada trainer yang akan tengok role paly korang tu.. tapi role play kat RHB just ikot dialog yang dia bagi jer.. dan trainer akan betulkan antonasi suara korang..

TIPS UNUTUK KERJA DI CUSTOMER SERVICE :-

1) antonasi suara paling penting. Kene pastikan suara korang profesional tak boleh lengok sangat, tak boleh mendatar sangat, tak boleh slow sangat dan tak boleh kuat sangat. sebabnya customer tak boleh nampak korang. so customer tak tahu reaksi korang waktu cakap dengan dieorang so kalau salah antonasi dieorang akan kata korang rude dan aan complain tentang korang.. so sebelum kene complain baik praktis bebetul..

2) SENYUM- memang la customer tak nampka pun kalau korang senyum tapi just pretend jer macam dierang nampak sebab dengan senyum ia dapat bantu antonasi dan mood korang nanti. better bawak cermin kecik letak kat tepi.. (tu apa yang trainer sarankan ler tapi aq tak buat pun huhuh)

3) AYAT- buat ayat betul2 sebab kalau salah ayat yang korang keluarkan ia bileh menimbulkam rasa tak puas hati customer kat korang.. and remember that CUSTOMER ALWAYS RIGHT walaupun sebenarnya dieorang salah...

4) SABAR - kalau kerja customer service nie korang kene banyak sabar tau sebab ea la nak layan orang yang macam2 kena la sabar.. (tapi aq xsabar kot..) da sekali tu aku kena tengking dengan customer (banyak kali sebenarnya) sorang nie sebab die tak leh nak wat online banking sebab tak daftar phone number kat ATM tapi aq yang disalahkan.. siap aq kene MAKI lagi kot.. sabar jer.. hati nak sebak giler time tu.. suara pun dah bergetar.. dah la geram tapi tak leh nak marah kat customer so sabar jer la.. lepas tamatkan panggilan tu.. apa lagi.. MENANGIS la aq.. teresak2 ok... sedey giler... ea la bukan salah aq asal die nak tengking2 aq.. haa kan dah jadi sesi luahkan perasaan..  sebenarnya korang akan berhadapan dengan banya spesis yang macam nie.. dan nie namanya spesis yang xda budi bahasa dan tak tahu nak hormat korang tapi as a worker korang kene banyak sabar.. lama2 nanti ok la.. sebab dah lali dengan kerenah customer..

ok tu jer tips aq nak bagi. mulanya aq kerja kat situ Environment dia sangat la x friendly ok.. Team Leader berlagak giler.. kita dah la budak baru.. bila tanya kene ejek la.. kene marah la.. tak tanya pun kene marah.. so untuk environment kerja kat UNIKL aq bagi 100% tapi kat sini aq bagi 20% jer... sampai la satu hari tu MR.H (die keje situ jugak ea huhuhuh) terpaksa jumpa 2 orang team leader yang memang kerek habis.. jumpa untuk slow talk dengna dieorang dan bagi nasihat sikit tentang perangai dieorang tu.. baru la esok tu semua team leader jadi baik dan concern giler la aq cakap.. s after conversation MR.H dengan Team leader aq bagi 70% la untuk environment kerja kat situ sebab semua da ok dari sebelum nie..

Disebabkan aq dah tak tahan kerja kat situ.. tak tahan nak layan kerenah customer.. tak larat nak kene marah dengan customer so aq pn nekad cari kerja lain.. dan alhamdulillah aq pun dapatla satu kerja baru yang memang superb best aq gitahu korang dan permanent position.. so aq pun dengna MR.H dan kawan aq eah dan amalina dengan senang hatinya hantar borang resign.. so aq kerja kat situ 2 bulan jer la .. huhuhu nak tahu tentang kerja baru a tu.. tunggu next entry ea.. hehehehe

ha lupa plak conclusion untuk korang yang nak kerja kat RHB BANK silalah. sebab overall OK la cuma korang kene KUATKAN HATI dan SABAR.. kalau sikap tu ada dalam diri korang so korang bolehla kerja sebagai customer service.. Baru2 jer tension lama2 korang akan biasa dan enjoy kerja kat situ sebab aq dah belajar dari kesilapan.. TAK DA KERJA YANG SENANG KAT DUNIA NIE!! so just sabar jer untuk setiap benda yang korang buat..   GUDLUCK untuk korang dan aq huhuhuh

Big Love and Hug
WanieZulkafli
 xoxo
Unknown
Assalamualaikum readers sekalian :)



Korang apa khabar? sihat? Hope korang semua sihat2 la hendaknya.. OK sekarang nie aq just nak kongsi pengalaman dengan korang tentang kerja di UNIKL. Aq mula kerja kat UNIKL Chancellery kat Jalan Sultan Ismail masa aq baru mula ambik Degree kat situ so kiranya hampir 2 tahun jugak la aq kerja kat situ.. Mula dari April 2012 sampai la December 2013. Aq berhenti kerja kat situ pun sebab aq kene buat Internship kat Express Rail Link. aq keja kat situ mulanya sebagai Part Time staff kat Maketing Department then masuk setahun tu aq dapat jadi Temporary staff kat situ. Gaji untuk part time not bad la RM7 untuk sejam tapi to work as temporary for me is  tak berbaloi sebab just RM1000 jer.. kalau kerja part time aq leh dapat lebih lagi dari RM1000 kot.. so agak menyesal jugak la sebab convert tu Temporary staff.

Ok first thing aq nak kongsi tentang gaji dulu ea.. macam yang aq beritahu tadi la part time korang akan dapat RM7 tapi for temporary korang dapat RM1000. kalau part time x datang kerja x dapat gaji untuk hari tu so tu jer la yang rugi nya. untuk temporary pulak lagi teruk sama jer dengan part time tak datang kerja xda la gaji so korang fikir sendiri la dah la gaji RM1000 so dah tolak yang x datang lagi la sikit kan huhuhu.. S nasihat aq bagi those yang nak kerja UNIKL dan keliru nak kerja part time or temporary bagi aq, aq nasihatkan korang better ambik part time la. mana x nya duk KL kot mana cukup RM1000 sebulan.. tolak EPF lagi.. tinggal sikit jer gaji korang nanti.. tapi depends la korang nak position yang mana sebab setiap benda kat dunia nie mesti ada baik dan buruk ea dak?

So tentang gaji dah citer sekarang nak cite tentang benefit as a part time and as a temporary. OK kalau bab benefit nie menang kat temporary la sebab nya kalau korang part time, korang x boleh ikot dieorang gi exhibition sebabnya part time x da insurance untuk buat kerja luar jadi untuk tidak mengabil sebarang risiko better xyah bawak budak part time kan?.  So as temporary staff korang memang boleh ikot tapi local jer la ea. maksud aq korang buat dalam Malaysia jer la,  tapi ok la at least korang dapat gain experience dan boleh digunakan untuk cari kerja nanti.

Now aq nak kongsi tentang environment kerja kat situ pulak. ok bab nie aq bagi 100% sebab staff kat situ semua memang friendly and aq memang enjoy sangat kerja kat situ. Dieorang memang supportive dan akan tolong korang semampu boleh dan kiteorang kat situ dah macam satu family kot. Bukan jer boleh tanya tentang kerja tapi korang pun boleh kongsi masalah hidup korang dengan staff kat situ. boleh dikatakan bila korang kerja kat situ korang macam dapat family baru, mak baru, ayah baru, kakak baru, abang baru and atok baru.. adik baru tu xda la ea sebab aq yang paling muda kerja kat situ. Dieorang memang baik dan buat ko rasa selesa sangat kerja kat situ dan itu la salah satu sebab yang buat aq bertahan lama la jugak kerja kat situ walaupun gaji aq sikit. ha dan yang paling penting BOSS korang pun best. baik giler dah macam kawan kot.. So untuk enjoy kerja sangat di suggestion kan kerja kat sini la.. huhuhuh

JOB SCOPE?? ok as part time or temporary apa yang korang kene buat adalah key in data student yang staff dapat time dieorang gi exhibition, call potential student dan mula la sesi persuade dan promote UNIKL, handle walk in student or parent and sometimes student or parents tu orang Malaysia but sometimes bukan orang Malaysia ea. .ada orang Arab, Orang UK or etc. so kat sini korang leh la practice English korang. xpe dont worry cakap jer as long as dieorang faham ok la tu. tapi kita kene la try to improve English kita ea.  korang pun kene sediakan setiap brochure or pen or any survivor yang staff nak. check stock, yang nie korang kene make sure yang setiap barang masih da dan kalau dah nak habis korang kene inform kat staff supaya dieorang leh order yang baru. ha time nak masuk semester baru korang akan diberi tugasan untuk call potential student dan kerja nie da time frame ea. means ada waktu yang korang kene siapkan. so dont worry just make a good plan to make sure that all the task can be done on time. InsyaAllah ok dan ynag paling penting untuk kerja yang call2 and persuade people nie korang kene wat research dulu ea. maksud aq buat la research dulu tentang kelebihan UNIKL yang xda pada University lain dan yang xda pada University kerajaan. so bila dah da maklumat baru la confident la call. dan lgi satu yang paling penting jugak korang kene selalu CONFIDENT ea. sebab kalau korang x confident dengan produk yang korang nak jual dan x confident dengan information yang korang bagi macam ne orang lain nak percayakan so anything in your life must put CONFIDENT first ok dear? Even time temuduga pun sama kene CONFIDENT!! ha nanti aq cari a few tips untuk temuduga dan aq akan kongsikan dengan korang ea.

ok nie je la ea sedikit sebanyak benda yang dapat aq kongsi dengan korang. kalau korang da apa2 yang nak ditanya jangan la malu or segan tanya jer kat petak comment kat bawah nie ea. :) ok bye2

Big Love and Hug
WanieZulkafli
 xoxo
 
Unknown
Assalamualaikum korang!!

Ok aq dah nak mula first step untuk menjadi seorang B2B yang berjaya huhuhuh. ok first sekali sebelum kita mula berbelanja dan merancang apa yang patut untuk hari bahagia kita nanti kita kene la sediakan buku, pen, dan calculator.. hahaha mesti korang pelik kan nak buat pe dengan semua benda tu.. semua benda tu tujuannya adalah untuk kita wat palnning untuk hari bahagia kita ler..

Mula2 sekali kita kena buat table mengenai segala perbelanjaan yang kita akan keluarkan nanti.. Dan waktu nie jugak la korang kene berbincang dengan pasangan korang mengenai warna tema korang, tempat yang akan di pilih untuk hari bahagia korang, jenis2 doorgift yang korang nak bagi, jenis2 hantaran yang korang nak, jumlah dulang hantaran korang, dan waktu nie jugala korang dah kene mula mencari siapa tukang make up korang dan photographer korang nanti.. kan lebih baik merancang dari awal daripada kelam kabut last2 minit nanti.. tak kan la korang nak tengok hari bahagia korang tak teratur kan....

ok nanti bila aq dah siap buat semua benda nie dalam buku aq, aq akan kongsi dengan korang ea.. so dont worry ^_^ bye2


Big Love and Hug
WanieZulkafli
 xoxo
Unknown
Assalamualaikum readers yang disanyangi..

Alhamdulillah, aq seronok dan bersyukur sangat hari nie. InsyaAllah denan izin Allah tinggal lagi 12 bulan aq akan merubah hidup aq dan MR.H. Dulu MR.H adalah seorang yang sangat takut untuk memberi komitment dalam perhubungan dan sebelum aq kenal die kawan aq da gitahu yang MR.H pernah cerita dalam kelas yang dia xnak berumah tangga kerana takut jika dia tak dapat bagi komitment dalam keluarga. Tapi Alhamdulillah berkat doa dan kesabaran serta usaha aq dalam mengubah pendirian MR.H tela berhasil dan semuanya aldalah atas kehendak yang maha ESA.

Dulu aq sorang jer yang beria masa cakap tentang alam perkahwinan tapi nampak nya sekarang MR.H pun dah sama2 bercerita mengenai hidup kami pada masa akan datang. Mama MR.H juga dah beritahu yang tahun depan insyaAllah kami akan di tunangkan. InsyaAllah dalam waktu Raya Aidilfitri nanti sebab adik mama MR.H akan datang beraya dari Australia. Berita ini adalah satu berita yang amat mengembirakan aq dan MR.H sebab percintaan kami yang hampir 5 tahun akan ke langkah seterusnya.. terima kasih YA ALLAH..

Ok bulan untuk bertunang dah ditetapkan cuma tarikh jer belum lagi sebab kita pun tak tahu raya jatuh pada tarikh biler untuk tahun depan heheheh.. Aq nie jenis yang suka berjimat tapi nak juga buat something yang istimewa untuk hari2 bersejarah aq nanti. So apa yang aq buat aq akan buat semuanya DIY (Do It Yourself). So apa yang aq nak kongsikan dengan korang sume adalah macam mana nak buat majlis korang dan aq nant under budget tapi still dapat memenuhi citarasa dan impian kita..

Ea la aq tahu dan faham sangat semua orang terutamanya kaum Hawa macam aq nie mestilah dah berangan nak buat something yang special untuk hari2 bersejarah kita nanti ea dak? jadi aq akan cuba tolong diri aq dan korang untuk buat budget yang dapat memenuhi kehendak kita nanti InsyaAllah. jadi kalau korang nak tahu step by step korang kene la selalu follow cerita2 aq ea.. huhuhhu.

Ok mungkinsetengah orang akan kata aq gila sebab buat preparation awal sangat... tapi sayang2 ku 1 tahun tu xda la lama pun sebenarnya untuk kita buat 3 benda dalam satu tahun ea la nk buat preparation untuk tunang lagi... nikah lagi.. sanding lagi.. so xda la lama kan.. tapi bagi yang berduet tu buat lambat pun xpe.. tapi kan bagi aq sesuatu yang datang dari hasil kerja kita sendiri di tambah dengan hati yang ikhlas sebab nak bagi something yang istimewa dan berguna untuk tetamu kan lagi bernilai harganya.. ea dak??

Sebab kalau boleh aq xnak la nanti di hari bahagia aq.. aq sorang jer yang happy.. kalau boleh aq nak semua orang happy baru la best.. untuk aq MR.H dan family kitaorang hari tu nanti memang la best sangat. jadi aq nak buat orang lain pun happy dengan cara bagi dieorang makanan yang sedap dan doogift yang berguna untuk dieorang.. and aq kesian sangat tengok bebudak yang datang kenduri kahwin dieorang pun mesti nak pegang doorgift beg sendiri kan sebab bagi aq budak2 memang suka dapat hadiah macam aq kecik2 dulu dan macam adik2 aq dan korang.. jadi aq pun akan cuba buat something untuk dieorang :)

aq akan selalu berdoa agar Allah akan permudahkan segalanya.. dan dugaan paling besar untuk aq dan MR.H sekarang adalah kiteorang masih x da kerja lagi... kalau boleh xnak la mulakan hidup baru dengan permulaan yang susah.. ea la aq dan MR.H tengah usaha untuk dapat kerja sebelum kami ke langkah seterusnya.. Ya Allah semoga kau permudahkan la segalanya.. amin...

Ok terima kasih korang sebab sudi dengar cerita aq.. jangan risau nanti aq akan kongsikan tips2 budget untuk korang.. korang sabar ea. :)

bye2 assalamualaikum...  ^_^

Big Love and Hug
WanieZulkafli
 xoxo
Unknown
                        Assalamualaikum readers..

Maaf la ea sebab dah lama tak mengupdate ape2 pun dalam blog nie.. bukannye ape.. masalah internet dan sebuk.. sebuk buat ape aq pun tak tau.. hehehehe.. hari nie tetiba jer.. rasa macam rajin plak nak tulis cerita yang latest and yang dah nak basi.. ok malam nie.. aq nak kongsi resepi dengan korang.. Resepi TomYam Oat SIMPLE BUT NICE!! class gitu.. heheheh resepi nie elok untuk makan malam2 dan untuk yang tengah berdiet tu dan untuk yang malas dan nak masak yang simple2 macam aq huhuh.. sebab die x da nasi.. nak tahu content and cara nak buat sila la baca sampai habis ea.. huhuhuh

,
RESEPI TOMYAM OAT SIMPLE BUT NICE!!

Bahan-bahanya :-

-Ayam (kuantiti ikut suke korang ea) nak ganti dengan daging or seafood pun boleh ^_^
- kobis 3/4
- carrot di potong bulat2 or ikut suka. (aq guna 2)
- 2 kiub tomyam
- 7 sudu oat masakan (boleh kurang atau lebih)
- serbuk secukup rasa
- garam
- 2 biji limau kasturi
- bawang putih, bawang merah,cili padi (dikisar)


Cara Penyediaan :-

1. Mula2 sekali panaskan minyak. Kemudian tumis bahan-bahan yang dikisar tadi. (sebenarnya x perlu tumis pun. Cuma aq suka tumis dulu kalau masak apa2 pun) huhuhuh Tumis sampai naik bau.

2. Kemudian masukkan air. Kuantiti air ikut suka korang ea sebab setengah orang suka kuah lebih tapi setengah orang suka kuah pekat. Kalau macam aq, aq guna 3 cawan air. Kemudian masukkan perahan limau kasturi (untuk bau wangi) Gaul sebati, masukkan ayam, kobis, carrot, garam dan serbuk secukup rasa. gaul sebati dan biarkan hingga ayam empuk.

3. Bila ayam dah empuk (masak) korang boleh la masukkan oat dan kiub tom yam. Gaul sebati dan tambah garam ikut suka korang sampai korang rasa tom yam tu sedap. huhuhu Jangan masak lama sangat sebab oat cepat masak. dalam 5 ke 10 minit pun dah ok..

4. Ok apa lagi TOMYAM OAT SIMPLE BUT NICE korang dah siap dan ready to be eat.. huhuhuhu  kalau rajin cube la ea.. dan korang boleh jugak tambah ikan bilis goreng untuk makan dengan tomyam tadi.. kalau aq memang x ler.. sebab malas.. hihihi


SELAMAT MENCUBA!! (jangan lupa ea setiap kali masak mulakan dengan bismillah dan selawat ea)


Big Love and Hug
WanieZulkafli
 xoxo
Unknown
                                            Assalamualaikum readers syg..

Korang wat pe jer tu... ermm... hari nie aq nak kongsi cite tentang apa yang dah jadi malam semalam.. huhuhu semalam aq baru jer balik dari Johor.. Time dalam perjalanan tu hujan lebat sangat uolss... sampai lambat aq sampai TBS-BTS.. aq gerak dari Johor pukul 5.30 petang dan sepatutnya sampai KL pukul 8.30 malam.. tapi disebabkan hujan lebat jadi en driver bas terpaksa bawak bas slow dari biasa.. dan alhamduilillah dapat driver berhemah macam tu.. bas yang aq selalu naik dari Johor ke KL adalah bas KKKL.. so disebabkan hujan bas lambat sampai.. aq sampai KL dalam pukul 9.30.. lewat sejam...

sesampai je di TBS-BTS MR.H dah tunggu untuk hantar aq dan adik2 balik.. ha lupe plak nak gitahu aq balik dengan adik2 aq.. so dalam pukul 9.30 kami terus gerak ke Bestari Jaya sebab adik aq yang perempuan tu belajar di UNISEL.. so aq dan MR.H memang xtahu jalan short cut nak ke sana jadi kiteorang just follow WAZE je la.. ha nak promote sikit.. gunala WAZE sebab ia sangat membantu.. download je kat play store kat hp korang.. bagi yang dah tahu alhamdulillah bagus ler..WAZE nie kegunaan die macam GPS ea sayang2 ku.. tapi lagi menarik dan best..

                                                       ok nie la logo waze.. comey kan..

ok sambung cerita tadi ea. kiteorang lalu jalan batu arang untuk ke bestari jaya.. MasyaAllah jalan die.. gelap giler... xda lampu jalan dan orang yang lalu kat situ pun x baca... agak scary jugak la sebenarnya.. ditambahkan dengan selekoh yang banyak.. lagi la buat jalan tu serammmmm.. nak dijadikan cerita lagi hujan waktu tu lebat giler... dan tiba2 kereta MR.H mati tengah jalan.. dan x leh start langsung kot.. aq apa lagi dah cuak giler sebenarnya.. tapi still buat muka maintain cool sebab tak nak bagi adik2 cuak.. MR.H berhentikan kereta kat tepi jalan dan cuba tahan kereta yang lalu lalang dan Alhamdulillah ada sorang Uncle India nie datang tolong kiteorang.. baik sangat.. die cube tolong tapi xleh jadi die minta kiteorang call number bengkel yang terdekat dan nasib baik die ada nombor bengkel tu.. tapi dalam 15 minit jugak la kat situ..

aq suruh MR.H dan adik laki aq masuk kereta cepat2 dan kunci kereta sebab takut kot.. macam2 boleh jadi kat tempat macam tu.. klau hantu tu boleh tahan lagi la.. takut tu memang la takut tapi lagi takut kalau da orang jahat.. dalam otak aq nie dah macam2 drama duk keluar.. sebab risau giler... dah la MR.H nampak da anjing hitam keluar dari hutan kat sebelah kiteorang dan nasib baik die x gitahu aq klau tak tentu aq laaaagiii cuak... tapi Alhamdulillah sebab lepas 15 minit kiteorang tunggu lori tu pun datang dan kiteorang minta die hantar kiteorang ke Pandan Indah sebab MR.H selalu gi bengkel situ.. dan tahu x kiteorang kene bayar RM350 kot... wuuuaaa mahal giler... kiteorang terpaksa carik2 duet yang ada... nak kuar kan duet atm dah off sebab kiteorang sampai Pandan Indah dalam pukul 1 lebih jugak ler... tapi xpe  la yang penting sume selamat.. adik aq yang duk UNISEL tu terpaksa la stay kat rumah aq.. huhuhuhuh tapi dalam x best da jugak la yang best.. yang best nya aq dapat naik lory yang tarik kereta rosak hahahaha selalu duk tengok orang hari nie aq pulak... sorry la cek macam jakun sikit... huhuhuh so nie da beberapa gambar kiteorang ea... dan tq for reading...





nampak happy kan huhuhuh ea la sebab dah selamat sampai so perasaan cuak sume dah hilang.. Alhamdulillah aq bersyukur sangat sebab semuanya dah berakhir.. 
Unknown
                                                        assalamualaikum w.b.t

hai korang... eden x ngantok lagi nie.. so eden nak sambung cerite boleh.. boleh la ea... kalau nantuk baca esok pun xpe.. heheheh

ok aq nak cite macam ne aq jumpe family MR.H dan macam ner MR.H jumpe family aq.. ok lepas kiteorang declare, petang tu kiteorang gi pasar malam.. dan waktu tu MR.H terus call mama die dan die cakap yang sumpahan ika dah berakhir!! haa mesti korang pelik kenapa apa yang MR.H maksudkan dengan sumpahan ika dah berahir.. hohohoh meh aq jelaskan ea.. sebelum nie sume gf MR.H nama ika.. dan kali nie gf die nama "wanie" so no more ika la dalam hidup MR.H sekarang..

Lepas jer MR.H cerita kat mama die.. mama die soh die ajak aq datang rumah minggu depan.. giler nervous kot aq rasa plus rasa terharu lagi sekali sebab die baru couple dengan aq tapi die dah berani nak kenalkan aq kat mama die dan nie maksudnya die memang serius dengan aq.. tu yang jadi terharu tu,,, takut memang takut tapi aq beranikan diri jugak la.. weekend tu kiteorang gi umah mama die naik kereta. Rumah mama die kat KL so kiteorang pn gerak ke KL. masa sampai `depan rumah tu.. Allah jer tahu macam ner perasaan aq nie.. seram sejuk aq dibuatnya.. rasa macam nak balik jer.. bukan rasa dah.. aq memang dah gitahu MR.H pun yang aq nak balik.. hahhaaha tapi MR.H pujuk jugak la.. mana x pujuk nya giler ke hape dah sampai KL kot xkan nak balik Perak balik...

so dengan rasa yang bercampur takut dan segan aq gagahkan jugak la diri nie g jumpe family MR.H bukan pe.. aq takut family die x terima aq.. tu jer... tapi alhamdulillah penerimaan keluarga die pada aq sangat la baik.. walaupun baru kenal tapi dieorang mesra sangat.. patutla MR.H baik sangat sebab mama, aunty, abang dan adik MR. H pun baik sangat..

Selama di KL MR.H bawak aq jalan2 kat town jer.. hahahaha ea la sampai pun dah malam.. ahad pulak dah nak balik jadi sabtu tu kiteorang just jalan pavilion jer.. lepak2 dinner dengan family MR.H then balik perak.. walaupun kejab je kenal family MR.H tapi aq dah rasa selesa sangat..

Sekarang time MR.H pulak jumpe family aq hohohoh.. MR.H jumpe family aq lepas sebulan kiteorang couple.. Rumah family aq waktu tu kat Penang. Alhamdulillah penerimaan Ayah, ibu dan adik2 sangat buat aq gembira . ibu dan ayah suke MR.H sebab dieorang kata MR.H sangat berbudi bahasa dan mengormati orang tua.. dan adik aq yang paling kecik sekali adalah peminat setia MR.H.. maksud aq die memang sayang giler dengan MR.H sebabnya MR.H suka layan die dan suka manjakan die.. waktu tu adik aq yang bongsu tu baru umor 5 tahun..

macam tu la cara macam ne kiteorang jumpa family masing2.. kalau nak cerita detail memang panjang la.. so aq cite mana yang penting je la ea.. huhuhuh

nah nie da gambar buat santapan mata.. ea la mesti bosan kan kalau xda gambar dan asyik celoteh jer.. huhuhuhu.

                                                               nie gambar family aq..

                                                       nie pulak gambar family MR.H


Haaaaaaaa nampak x baju kiteorang sama warna.. nie baju raya tahun nie.. xrancang pun sebenarnya.. tapi seronok la sebab dua2 belah family tema biru... benda yang x dirancang nie kadang2 seronok jugak. huhuhuh

ok la.. dah lewat nie.. x ngantok pun kene la tidur jugak.. walaupun hidup nie masih menanam anggur.. tidur awal masih wajib.. hahahaha gudnight!!

                                                                    assalamualaikum w.b.t
Unknown
                                                      Assalamualaikum w.b.t

hai korang.. wat pe jer malam2 cenggini?? Malam nie aq nak kongsi cerita macam mana aq jumpe dengan MR.H. erm... pada zaman dahulu...hohoho

Aq ambik diploma di Kolej Profesional Mara Seri Iskandar Perak pada tahun 2008. Nak dijadikan cerita masa hari registration day aq kat situ.. ibu aq ada nampak sorang budak laki nie dengan mama die.. Dieorang datang lambat waktu tu dan budak laki tu nampak manja sangat dengan mama die.. sebab die merengek2 sebab datang lambat kan.. dan waktu tu entah xtau la pasai pa ibu aq terfikir macam ne la kalau budak laki yang manja tu jadi boyfriend aq.. huhuhuh (ibu yang cite balik kat aq) Tapi waktu tu aq x ambik kisah pun sebab aq x nampak pun budak laki yang ibu cakap tu dan x kenal pun..

Waktu hari orientasi tu kiteorang budak baru kene wat performance dan nak dijadikan cerita lagi budak laki tu satu group dengan aq dan aq selalu jugak dok crita tentang budak laki tu dengan kengkawan baru aq.. bukan sebab minat ke hape tapi sebab perangai budak laki nie lawak betol.. die seorang yang sangat nakal dan kuat mengusik.. habis semua orang die nak usik.. dan die suke wat orang gelak dan happy.. dah la waktu orientasi tu rambut die kene potong dengan lecture jadi macam abu bakar ellah.. lagi la nampak lawak...

Lepas dari hari orientasi tu.. aq pun xtau la kenapa kawan2 asyik datang bercerita tentang budak laki tu dan boleh dikatakan setiap cerita dan kejadian yang berlaku kat laki tu mesti aq tau walaupun kami x pernah kenal antara satu sama lain.. pelik kan.. Die putus cinta aq tau... kisah family die pn aq tau.. sume la aq tau.. tapi bukan sebab aq stalker die ea.. nie sume sebab kawan2 dok datang bercerita.. aq x tanya pun... tapi aq dengarkan aje la.. dan dalam hati tu rasa kesian sangat kat die sebab bagi aq lelaki yang baik dan selalu happy kan orang macam die patut rasa happy dan dihargai jugak.. dan terdetik jugak la kalau Allah bagi die jadi Boyfriend aq.. aq nak jaga die baik2.. bagi die happy sebab die selalu buat orang disekeliling die happy...

Perkara macam nie berterusan sampai la aq semester 5.. dan masa semester 5 tue aq masuk kelab teater dan nak dijadikan cerita lagi..(banyak pulak cerita nya huhuhu) die pun masuk teater jugak.. kiteorang berlakon teater yang bertajuk "SI TANGGANG" die jadi Si Jalak.. seorang lelaki cacat.. dan aq jadi isteri si tanggang.. kami berlatih cuma sebulan jer dan waktu nie la aq selalu jumpe die dan mula sembang2 kosong dengan die.. tu pun sembang2 macam tu jer..

                                                   
     ha nie gambar time kiteorang teater.. aq yang berbaju purple tu dan MR.H yang pegang ayam tu..



Kami buat persembahan di Taman Budaya Perak. Seminggu lepas pementasan teater tu kiteorang dijemput ke Hotel HillCIty untuk buat persembahan ringkas dan malam tu jugak kiteorang overnight kat padang polo Perak and tengok wanyang kat AEON kat Perak.. dan malam tu la aq dan MR.H mula untuk kenal diri masing2.. kiteorang start cerita tentang hidup kiteorang dan malam tu jugak la kiteorang jadi kawan rapat untuk 2 minggu jer. xtahu la kenapa aq rasa selesa sangat bile dengan MR.H dan bile dengan MR.H aq senang untuk jadi diri aq sendiri dan die pn macam tu jugak.

         nie la first time gambar kiteorang bersama.. hahaha gedix betol muka MR.H waktu nie..

Selama 2 minggu kiteorang kenal aq dah mula jatuh hati kat MR.H sebab sikap die yang terlalu ambil berat kat aq.. dan pada 17 May 2010 kiteorang declare jadi couple.. huhuhuh masa nie muka nampak macam budak2 sangat..hahahaha dan alhamdulillah kasih kami masih utuh sampai sekarang.. aq x pernah berhenti berdoa agar satu hari nanti Allah akan satukan kami berdua.. sebab aq rasa die lah yang terbaik untuk aq dan perkenalan kami bagaikan dah dirancang oleh Allah daripada mula2 kami melangkah masuk belajar di Kolej Profesional Mara Seri Iskandar lagi.. dan aq sangat bersyukur sebab Allah kurniakan dia untuk aq..


                                                        Nie gambar time kiteorang baru couple..

haaa nak cite macam ner MR.H ajak aq jadi girlfriend die.. (please boleh la ea nak cite jugak...)
ok macam nie masa tu pada 17 MAY 2010 pada pukul 5.05 petang kat depan hostel MR.H ajak aq kuar lepak kat University Petronas. dan waktu dalam kereta die dah purpose aq untuk jadi gf die.. dan time tu aq xtau la nak kata macam ner.. terharu sangat dan aq pn terima.. lepas tu time kiteorang lepak kat pondok kat UTP kat tepi tasik MR.H melutut depan aq sambil pegang teddy bear dan cakap yang die akan jaga aq.. akan buat yang terbaik untuk aq dan macam2 lagi la ikrar die.. terharu giler aq rasa time tu dan rasa macam nak nangis.. dan alhamdulillah apa yang dijanji masih dikotakan sampai sekarang.. terima kasih Allah kerana kurniakan MR.H untuk aq dan terima kasih MR.H kerana sudi wat yang tebaik untuk gf die yang mengada nie..huhuhu

                                                nie la teddy bear tu.. omey x? nama die teddy..

ok la sampai sini je la ea aq cite.. thanks sebab sudi layan aq mengimbau kisah silam.. hahahaha gudnight!!
Unknown
hai.. korang wat pe jer ari nie.. hari nie.. aq x wat pe pn.. just pergi interview jer tadi.. tu pn bukannya interview dengan company tapi dengan agen pekerjaan.. Dah hampir 3 minggu aq jadi penganggur terhormat... hurm... bosan kot... dari form 3 lagi aq dah start wat keje part time sebab aq nie jenis yang x suka duduk x wat pape... nasib baik parents bagi kebenaran untuk wat keje part time event masih di bangku sekolah..

Masa aq form 3 aq dah mula kerje.. kerje dengan parents kawan aq jual air kat bazar ramadhan.. best oooo.. bagi orang lain mungkin macam "keje pasar malam je.." tapi bagi aq yang baru form3 benda nie sgt menyeronokkan sebab aq dapat tengok gelagat org dewasa time habis keje dan time puasa.. pengalaman keje kat bazar ramadhan memang memenatkan especially time orang balik keje dalam pukul 4.30 petang dan ke atas.. memang x cukup tangan siap ada air yang tumpah lagi.. huhuhu tapi parents kawan aq baik sebab die x marah aq time tumpahkan air hohohoho..

Lepas tu time cuti sekolah masa aq form 3 jugak aq keje kat kedai kasut.. g keje jalan kaki jer sebab umah dekat je dgn kedai.. penat tu memang la penat tp puas sbb dapat pengalaman baru.. bile keje kat situ baru aq sedar yang susah juga sebenarnya nak layan kerenah pelangan nie.. macam2 personaliti.. lepas tu aq masuk Sekolah Teknik.. kene duk asrama jadi aq xdpt la nak wat apa2 keje part time...

Lepas habis je SPM aq terus cari keje dan dapat la keje kat cyber cafe.. tempat keje aq kat komtar.. yang best nya tntg keje aq kali nie sebab aq kene layan orang keje office, or boleh dikatakan sume orang dewasa la.. sebab cafe nie x sediakan tempat untuk bebudak main game mcm cybercafe lain tapi cybercafe nie khas untuk orang buat keje macam guna microsoft office, print, scanning ataupun fax.. jadi tugas aq adalah mengajar budak2 atau makcik2 or pakcik2 yang x pandai sangat guna komputer.. contohnya tolong buat surat untuk dieorang, tolong ajar guna email, ajar guna microsof office, tolong fax surat dieorang or scan dokument dieorang.. aq keje kat ctu sampai aq dapat masuk kolej..

Time kat kolej... aq keje jugak.. huhuhu tapi wat keje sendiri macam buat service printer... jual produk kecantikan, kain pasang or tudung.. profit yang aq dapat alhamdulillah boleh tahan jugak la.. cuma penat sikit la sebab time kite nak rehat tu la ada je customer datang minta print assignment dierang.. tp xpe la demi mencari nafkah penat pun jadi x penat. huhuhu

Habis Diploma aq sambung Degree kat UNIKL.. aq masuk belajar bulan Januari 2012. So dari Januari sampai March aq keje kat I-SETAN KLCC. jadi promoter kat bahagian pakaian wanita.. keje jadi promoter nie memang penat especially keje kat company Jepun.. I-Setan nie company Jepun jadi memang agak straight ler.. keje promoter nie dah la kene berdiri sepanjang hari... nak rehatkan kaki pun waktu rehat jer.. x leh sembang.. (tp aq curi2 sembang jugak siap main word search lagi.. huhuhu tp terkantoi oke.. kene marah and amaran lagi.. dah la tu siap kene announce nama time perhimpunan pagi lagi... malu oooo)  haaa untuk pengetahuan korang keje kat sini,, pagi2 da perhimpunan macam perhimpunan untuk motivate staff or complain ler.. pengalaman yang aq dapat kat sini... hurmm dapat kenal attitude org la.. beza dari segi kerenah and macam2 lagi ler... huhuhu

Masuk bulan April 2012 aq berhenti keje kat I-SETAN sebab aq dapat offer keje part time kat UNIKL bahagian marketing.. huhuhu spe xnak keje office.. best sgt keje nie sbb aq mmg minat marketing and berdepan dengan client pn.. mana x nye tgk la keje aq dari kecik sampai besar sume kene berhadapan dgn client.. kat sini aq buat tele-marketing, entertain client yang walk in and aq juga belajar sedikit sebanyak tentang marketing.. macam mana nak buat sale.. macam ne nak market produk supaya orang nampak yang produk kita lebih baik dari competitor.. macam mana cara nak attract client dan macam mana nak jadi marketing terbaik...

Aq keje kat UNIKL sampai bulan December 2013.. tu pn sebab aq kene buat intern.. aq intern kat Express Rail Link.. yang ERL yang korang naik tu kat situ ler aq keje.. aq keje kat bahagian finance.. seminggu aq asyik sedih and susah hati je kot.. sbb selama nie aq asyik keje yang kene berdepan dengan client tp kali nie aq kene berdepan dgn computer..wuaaaa aq x minat n x suke kot... tp atas nasihat family, MR.H dan kawan2 aq try la jugak dan alhamdulillah lama2 aq jadi suke dengan keje aq dan aq bejaya habiskan intern kat citu sampai 4 bulan and memang enjy sgt keje kat situ sebab staff dieorang sume baik2..

Lepas intern aq keje kat RHB Bank pulak.. aq dapat jadi temporary staff untuk bahagian customer service kat situ sampai 3 bulan.. tp aq berhenti awal... sebabnya...... sebabnya.... huhuhu aq xtahan nak layan kerenah manusia yang call in.. tugat aq kat situ macam operator la... kene jawab panggilan dari customer and sume nya tentang complain.. so korang faham2 je la bile tentang complain maksudnya kita kene layan customer yang tengah marah.. aq pernah nangis teresak2 kot sebab da stu mamat nie tengking aq dalam phone macam orang giler.. sedih kot.. siap kene maki lg dengan die.. padahal bukan salah aq pn n tentang benda kecik je pon... so aq bertahan sampai 2 bulan jer.. aq berhenti awal pun sbb aq dapat offer permenant kat satu company nie... sbb tu aq berani berhenti awal... so dari situ aq dah nead x nak keje bahagian customer service lg especially kat BANK..NO NO AND NO!!

TAPI MALANGnya... aq kene TIPU kot... company baru tu kata keje aq lebih kurang macam admin ler.. key in customer punye detail jer.. tp last2 aq kene cari client untuk company tu and kalau xdapat client aq xdapat apa2 pn.. mknanya duet gaji pun x dapat.. komisen apatah lagi..lg la q xdpt.. wuuuuaaaaa. akhirnya aq dah cipta rekod baru dalam hidup aq.. rekodnya jadi seorang penganggur..
dah 3 minggu kot aq dok umah tanam anggur... bosan giler kot... tu la sebab nya aq g cari keje melalui agent.. dan aq harap aq dapat la keje lps nie... korang doakan aq yeeeee..... k la penat dah bebel panjang2.. ha sebelum aq habiskan crita aq kali nie.. aq nk buat kesimpulan la macam buat karangan mesti da penutup kan huhuhu

ok penutup nye... keje la apa pun.. yang penting pengalaman sebab tu yang akan bantu kita untuk jadi lebih matang dalam hidup dan sebelum buat apa2 keputusan fikir dulu baik dan buruk keputusan tu.. tanya pendapat family dan kawan2 .. jgn buat keputusan terburu2 dan yang penting banyak kan la minta pertunjuk dari ALLAH s.w.t sbb ALLAH tahu apa yang tebaik untuk kita.. jgn jadi macam aq nie ha... dah sebuk sgt nak berhenti kan dah jadi penganggur terhormat sekarang.. wuuuuaaaa sedey kot... k la korang gud nite dan semoga hidup kita semua dirahmati dan diberkati oleh yang maha ESA.. amin....





Unknown
Hai korang... terima kasih sebab masih sudi baca part3. cayang korang sebab masih setia membaca ^_^  ok part 3 nie aq just nak cite tentang zoo negara..  ok fee untuk masuk zoo negara macam kat bawah nie..

erm.. sebenarnya xda apa pn nk cite... hahahaha just kongsi gambar je la ea... 







Unknown
hehehe tq sbb masih follow cite eden nie.. ok part 2 nie aq nak cite kat mana aq bawak family aq jln2.. ok firstly masa dieorg sampai 26/9/2014 tu hari pn dah malam.. jd aq cume dpt bawak dieorg gi makan kat Dagang Avenue..ok nie gamabr tempat makan yang aq g mlm tue.. korang cube la makan kat cini. best oooo. macam2 ada.. burger bakar ada, ketam lembut ada, western food ada, masakan goreng pun ada.. harga dia pn ok la not bad.. dan rasa makanan tu pun sedap.. n gambar kat bawah nie pn aq ambik dari en.google. terima kasih ea en.google. ^_^


lepas lepak2 kat sini aq bawak famili aq g jalan2 kat danau kota.. kat sini macam pasar malam, macam2 barang die orang jual, ada jual pakaian lelaki dan wanita, pakaian kanak2, mainan kanak2, haiwan pun ada dijual kat sini.. tempat die pn agak besar jugak la..haaa da x lupa makanan pun ada kat sini.. macam2 jenis makanan ada.. danau kota dibuka setiap hari kecuali isnin dan selasa klau x silap aq ler... lepas lepak2 kat sini aq pn bawak family aq balik utk beradu... zzzz

Esoknya tu baru la hari konvokasyen aq kat PICC.. erm.. rasanya xda apa kot nk di ceritakan utk convo nie.. tp aq belanja gambar sikit ea buat santapan mata korang..





malamnya pulak aq bawak family aq g icity.. kat sini apa yg menariknya adalah lampu.. huhuhu sbb kat sini lampu die banyak sgt and cantik2.. die ada game jugak kat dalam tu.. cume tmpt nie agak mahal ckt la tp berbaloi sbb best. huhuhu tp utk aq.. aq cume bawak family aq masuk rumah hantu n 5D Cinema jer yg mampu aq belanja dieorg.. rmh antu tu ok la menakutkan la untuk budak2.. ada macam2 lagi cume kami jer yg x berkesempatan nak masuk.. contohnya macam Rumah Lilin..Art Museum, water park, snow world and macam la.. kalau korang nk datang korang leh check kat sini ICITI and aq akan bagi info ckt kat korang tentang apa yg aq thu ea.. sume kat lsit bawah nie :

1) sume mainan standard harga dari RM5 to RM15  per person ea.. 
(contoh macam 
pirate ship = RM5,
 Rumah Hantu = RM15, 
5D Cinema = RM10
Trick Art Museum = RM15
Snow World dgn Rumah Lilin tu lebih kung RM30++ untuk satu tempat tau
yang lain korang check sendiri la ea.. huhuhuh sowie.. tp nk masuk ICITY nie free jer..  ha sebelum aq lupa klau Art Museum tu die da banyak lukisan yg 3D so bila tangkap gambar tu nampak macam real la.. contoh mcm nie.. gambar credit to MR. Google.. hehehe


rumah lilin pulak da banyak patung lilin macam gambar kat bawah nie...



ok sekarang aq nk belanaja korang gambar kiteorang pulak.. huhuhuhuh





untuk hari terakhir family aq datang kl aq bawak dieorang g ZOO negara.. tggu part 3 plak ea huhuhu



Unknown
hai kengkawan!!
ok kli nie aq nk kongsi cerita tentang graduation day aq yg berlangsung pd 27 September 2014 di PICC. Alhamdulillah akhirnya sekarang aq dah sah graduate sebagai pemegang Ijazah Sarjana Muda Dalam Business Administration in Islamic Finance. X sangka dh hampir 2 thun lebih aq belajar di University Kuala Lumpur..

Sebenarnya aq nie bukanla seorg yg minat account @ finance.. aq ambik subject nie pn sebab lect masa aq Dip dlu yg cadangkan tp Alhamdulillah dalam x minat berjaya jugak aq habiskan ijazah aq dgn result yg ok.. bg aq minat tu akan datang sendiri bila kita usaha untuk cuba sesuatu perkara baru. sebab kadang2 kita rasa benda tu x sesuai utk kita tp pada hakikat nya benda tu la yg kita minat cuma kita jer yg x sedar.. bg aq apa2 pn usaha dan tawakal tu penting dan kite kna la selalu ingt dlm diri dan hati kita yang apa yang kita lalui sekarang nie adalah atas ketentuan yg maha ESA kerana Allah lebih mengetahui segala2 nya..

kehidupan aq sebagai serang pelajar UNIKL sangatlah menyeronokkan sebab nya aq dpt pinjaman mara dan untuk pengetahuan kengkawan sekalian UNIKL memang SWASTA tp dia adalah hak milik penuh MARA dan semua student yg berkelayakan memang akan dapat mara dan bagi kengkawan yg berminat boleh la tanya pada saya.. jgn malu jgn segan sya akan cuba terangkan sebaik yang boleh mengenai UNIKL agar kengkawan dapat membuat perbandingan yang mana lg bgus..

Alhamdulillah. sy bersyukur sgt sbb Allah bukakan pintu hati saya untuk masuk UNIKL sbb lepas habis belajar sy x da la terbeban dgn hutang sgt mcm sesapa yg buat pinjaman selain dari MARA sebabnya bila kita dpt result ok kita akan dpt pengurangan pembayaran dan ia mmg amat membantu sgt.. huhuhu

aq convo di PICC dan convocation kali nie adalah convocation yg paling bermakna buat aq.. ea la sbb msa Diploma dlu family aq xdpt dtg sebab Ayah xdpt cuti... Tp alhamdulillah kali nie semua orang dtg utk tgk aq convo.. adik2 yg duk belajar lg pn dpt dtg tgk jugak .. seronok btol aq rsa... lgpn family aq duk KL dari 26/9/2014 sampai la 28/9/2014.. aq dh plan mcm2 nk wat dgn die org tp nk wat mcm ne cume smpat buat2 activiti jer.. sbb 26/9/2014 family aq dtg pn dh lewat.. klau nak tahu aku bwk family aq g mna nnt tggu part 2 ea.. ^_^

nie aq nk share ckt gambar time convo ari tue.. untuk kenang2an.. ^_^ gambar dgn geng2 kesayangan, family dan MR.H  :)