Unknown
Assalamualaikum..



hai semua hahahah mata nie masih xmau tidoq... bila nak dekat hari penting nie.. semua benda perlu dijaga dari segi kecantikkan muka, rambut hinggala bentuk badan.. ok entry nie wanie nak share tentang penjagaan tummy... ea la bila usia dah 20 ++ nie wanie jadi kuar giler makan.. kadang2 lepas makan terus gedebush tidoq atas katil... dan wanie memang jenis yang x suka exercise.. hahahatapi bila dah nak dekat hari penting nie baru la ada kesedaran sikit dalam diri nie.. so disebabkan diriku yang pemalas wanie pun telah menghasilkan bunbun hahah apa tu bun bun?? hahhahaha bunbun tu maksudnya buncit hahahaha..



cari punya cari kat youtube then wanie jumpa satu video nie.. nampak macam simple tapi bila buat memang terasa la kat tummy korang.. otot2 tummy rasa kejang hahaha so wanie pun terpikir nak share la dengan korang.. jom la kita buat sama2 bagi semua orang dapat tummy yang cantik dan badan yang sihat..



ok nak tahu cara exercise tu tengok la kat video bawah nie ea.. TAPI jangan tengok jer.. jom la kita buat sesama tau.. badan sihat, otak cerdas, so kecantikan dan kesihatan perlu la diutamakan hahahaha



SELAMAT MENCUBA!! Cayok Cayok!!







Assalamualaikum



Big LOVE and Hug

Wanie Zulkafli

xoxox


Unknown
Assalamualaikum..

hehehe dah lewat malam tapi mata masih x mengantok dan hati masih berkobar2 nak update blog.. hahaha rasa macam banyak giler benda yang nak dikongsi hari nie...

ok dalam page nie wanie nak kongsi tentang penjagaan rambut pulak.. hahahah untuk pengetahuan korang wanie bukan je da masalah kulit muka tapi da masalah rambut jugak uollls hahaha.. wanie da masalah rambut yang agak teruk la.. sebab wanie punya rambut asal adalah jenis wave bawah dan waktu muda2 dulu... hati nie tergedik2 nak buat rambut lurus macam orang lain.. hahahaha jiwa muda la katakan... so dari wanie Form 2 sampai la sekarang dok sebuk buat rebonding.. boleh dikatakan asal rambut asal tumbuh je.. mula la nak gi buat rebnding lagi.. dalam setahun tu da la dalm 2 3 kali jugak... sampai la tahun nie rambut wanie jadi makin rosak ea la rambut mana la yang mapu tahan asyik kene bahan chemical jer....

so lama2 rambut wanie kering dan bercabang kat ujung tu.. x cukup dengan tu wanie da masalah rambut putih.. adoiiii fening fening... xkan la asyik nak habiskan duet jer... mampuiih cek.. so bulan nie wanie dah tekad xnak buat rebonding lagi selagi rambut sekarang nie x sihat... so wanie pun gi la kedai salon MOCCO kat area Wangsa Maju seksyen 1.. wanie suka gi salon nie sebab amoi yang buat rambut nie dah kenal dengan wanie dan kami dah macam kawan hahahah

so amoi tu cadangkan wanie ambik Argan Oil treatment dengan harga RM140.. ok la sebab da stim rambut sekali.. dan Argan Oil nie memang elok untuk rambut.. nak tau lebih lanjut sila la baca detail kat bawah nie hasil copy daripada website argan oil hahhaah malas la cek nak translate hahaha

What Is Argan Oil?
Argan oil, sometimes known as moroccan oil is a product of the Moroccan argan tree. It is extracted from the kernels of the argan tree to be used as a moisturiser, conditioner and softener for skin and hair. Often dubbed ‘liquid gold’ for its amazing qualities, it contains large amounts of beneficial nutrients including vitamin E and fatty acids, which have many positive effects when applied correctly. It’s proven results are the reason people are using argan oil for hair and all areas of the body.

Why Use Argan Oil for Hair?

shiny-straight-hairArgan oil is often used as a hair treatment. It is extremely beneficial for hair and scalp, and is commonly used as a conditioner.
Vitamin E is extremely beneficial for hair, and is found in argan oil in high quantities. Vitamin E promotes healthy hair growth as it contains antioxidants, which help boost cells and encourage them to produce healthy hair – it has even been used for hair regrowth.
Argan oil has a number of benefits when used on hair. It can act as a moisturiser for the scalp to fight dandruff and dry scalp. It can also promote the growth of healthy, strong hair as opposed to thin, brittle hair. It can even undo some of the damage done through chemical treatments and dyes, and can be used to treat split ends.
Immediate benefits can also be seen in people who use argan oil on their hair. It is an excellent agent for taming frizz and promoting shine and gloss, as well as softer, more manageable hair.
Argan oil is non-irritating and actually reverses much of the damage done by artificial chemicals and treatments on hair. It is often used in its pure form for healthy, soft and shiny hair. Below are a few of the best ways to use argan oil on hair.
ha tu la khasiat Argan oil nie hahahaha. 
ha nie la set Argan Oil yang wanie pakai kat MOCCO.. First time buat treatment nie memang buat rambut wanie rasa ringan dan lembut tapi xde la lembut macam rambut artis tu hahaha cuma lebih elok dari sebelum nie... ea la first treatment mana la boleh nampak kesan lagi.. so wanie akan cuba maintain untuk buat treatment nie selama beberapa bulan untuk tengok hasilnya dan wanie akan update kat korang ea nanti.. wanie harap sangat rambut wanie akan sihat balik sebelum tiba hari bahagia wanie nanti.. hehehe doakan wanie ea.. ha lupa plak treatment nie ambik masa dalam 1 1/2 ke 2 jam je..

ha lupa plak wanie beli Green Tea Collagen Treatment dan shampoo.. ea la nak tunggu bulan depan xkan la x syampoo rambut kan.. hahah dua2 produk nie wanie pernah pakai dulu memang bagus terutamanya Collagen Treatment tu.. die macam mask rambut lepas pakai kene pakai shower cap dan biar dalam 10 minit kalau guna steam-dryer. tp bagi yang xda steam-dryer macam wanie kita biar la dalam 20 ke 30 minit dan bilas.. memang rambut akan rasa lembut, ringan dan senang diurus..

 
nie la Collagent treatment yang wanie gitahu tadi

nie pulak shampoonya. wanie pakai yang Active Shampoo

korang boleh cuba produk nie sebab memang dijamin rambut korang akan lembut, ringan dan senang diurus.. 
ok sampai sini je dulu ea.. tunggu next entry untuk tengok hasilnya hehheehe
Assalamualaikum..
Big Love and Hug 
WanieZulkafli
XOXO
Unknown
Assalamualaikum..

hai hehehe ok page nie bukan nak cite tentang keberkesanan product ea sebab x try pun lagi.. hahhahah. page nie wanie cuma nak kongsi tentang khasiat dan cara penggunaan Kawaii Collagen.. Berkesan atau x kene la tunggu hujung bulan nie ea... hehehhee Sabar ea sebab sabar tu kan separuh daripada IMAN.. :)



Wanie beli set lengkap Jihan macam dalam gambar kat atas nie ea.. ok set lengkap jihan mengandungi 5 jenis product iaitu :-


1 Jar SSWKC (35 sachets)
+ 1 Jar Kawaii White Maxx Extra (35 sachets)
+ 1 unit Brightening Serum 
+ 1 unit Miracle Water 
+ 1 unit Miracle Brightening Soap 
wanie beli dengan akak Fiza die Dealer area Setiawangsa.. nie nombor akak tu ea kalau korang berminat boleh la call akak nie.. Die baik dan respond yang diberi pun cepat. Nie no kak Fiza ea 019-6428422.
Fungsi SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN:
~ Kulit putih & sehalus kulit bayi seawal 3 hari..
~ badan juga turut putih, bukan muka shj
~ Kulit lembap & glowing dlm masa 1 hari..
~ kulit tegang, anjal & muda dlm masa 15hari..
~ jerawat kecut dlm masa 3 hari..
~ sgt berkesan menutup pori-pori terbuka
~ masalah kulit berminyak berkurang dlm masa 5 hari..
~ parut pudar dlm masa 7 hari..
~ kulit celah-celah badan yg gelap menjadi cerah (ketiak & celah peha)
~ dapat menahan selera makan supaya sentiasa kenyang
~ melawan kanser
~ membuang toksin
~ berfungsi utk cuci darah kotor
~ memudarkan stretchmark
~ mengembalikan kemerahan bibir
~ menambah susu ibu
~ memberi kecergasan badan
~ menaikkan HB bg wanita hamil
~ penawar pelbagai peyakit
~ bagus utk dalaman wanita
~ Menghilangkan eczema dgn efektif

KHASIAT SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN utk kulit :
~ Merangsang kolagen asal kulit
~ Menghalang sinar UV matahari
~ Mengaktifkan penghasilan kolagen
~ Melambatkan penuaan
~ Meningkatkan stem cell kulit
~ Pemutihan kulit lebih pantas
~ Kulit lebih anjal & muda
~ Menghilangkan kedutan
~ Menghilangkan kulit sun-burn
~ Menghilangkan jerawat
~ Menghilangkan parut hitam
~ Mengurangkan jeragat
~ Mengatasi kulit bersisik
~ Kulit kering menjadi lembap
~ Kulit kasar menjadi halus
~ Mengatasi penyakit kulit
~ Mengatasi masalah kulit rosak
~ Mengatasi masalah tumit kaki pecah
~ Mengatasi masalah kulit merekah
~ Menghilangkan eczema, psoriasis, rosacea dll

KHASIAT SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN utk kesihatan:
~ Mengatasi sakit sendi tulang
~ Mengatasi sakit senggugut
~ Mengatasi masalah mata
~ Sesuai untuk ibu mengandung
~ Sesuai untuk ibu menyusu
~ Mengurangkan stretchmark
~ Mengurangkan selulit
~ Menurunkan kolestrol
~ Mengatasi rambut gugur
~ Mengatasi bibir mengelupas
~ Memberi tenaga kpd badan yg letih
~ Membuang toksin
~ Sesuai untuk masalah sakit darah tinggi & kencing manis
~ Tingkatkan pengeluaran susu ibu
~ Melangsingkan badan

KHASIAT SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN untuk para ibu:
~ Menambahkan susu badan
~ Menaikkan HB wanita hamil
~ Memutihkan & menggebukan kulit bayi bagi ibu hamil & ibu menyusu
~ Memberi tenaga kpd ibu hamil & menyusu
~ Memberi nutrien penting yg diperlukan oleh ibu hamil & menyusu

KHASIAT Kawaii Collagen Brightening Serum:
~ menutup pori-pori terbuka
~ memutihkan kulit secara sihat
~ menegangkan kulit seperti suntikan botox
~ memulihkan kulit rosak
~ sesuai utk semua masalah kulit
~ mengecutkan jerawat
~ memudarkan jeragat
~ menghalus & melicinkan kulit
~ tanpa pengelupasan
~ kesan hanya dalam 6 hari shj

KHASIAT Kawaii Collagen Miracle Water:
~ Sebagai bahan aktif merangsang collagen dalam kulit
~ Dipakai bersama Kawaii Collagen Brightening Serum untuk efek lebih hebat
~ Merangsang stemcell kulit
~ Merawat kulit yang rosak teruk
~ Memberikan nutrien, vitamin & mineral penting kpd kulit
~ Memulihkan kulit sensitif & kulit nipis
~ Mengembalikan seri & keremajaan kulit yg kusam
~ Menghilangkan jerawat pasir
~ Menampak kulit segar & glowing
SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN adalah pilihan yg TEPAT untuk anda! (katanya la kita tunggu dan lihat nanti tepat ke x untuk wanie hahahah)
- 1,600,000mg
- 36x Anti-Oxidant
- 14x Stem Cell
- 20x Super Fruits
- Pitera Rich Extract

Bahan-Bahan Utama
- Wild Blueberry Stem Cell
- Blueberry Stem Cell
- Raspberry Stem Cell
- Green Apple Stem Cell
- Apple Stem Cell
- Snow Lotus Stem Cell
- Green Tea Stem Cell
- Tomato Stem Cell
- Swiss Red Grape Stem Cell
- Grape Stem Cell
- Argan Fruit Stem Cell
- Rosella Stem Cell
- Cranberry Stem Cell
- Blackberry Stem Cell
- Trehalose
- Pure L-glutathione
- Hydrolyzed Peptide Tilapia Collagen
- Phyto Hyaluronic Acid
- Pitera Extract
- Pearl Powder
- Biotin
- Acaiberry
- Strawberry
- Pamogranate
- Avocado
- Grape Seed Extract
- Perilla Seed Extract
- Mangosteen Extract
- Vitamin C
- Kiwi
- Co-Enzyme Q10
- Astaxanthin
- Omega 3
- Papaya
- Lemon

Kawaii Collagen nie adalah teknologi terbaru dari JAPAN & FRANCE digunakan dalam proses pembuatan produk ini untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi, pantas diserap ke salur darah, menggunakan teknologi nano menghasilkan butiran halus molekul nano untuk diserap pantas oleh badan dan memberi kesan yang diinginkan seawal 3 hari.

Cara pengambilan
6 hari pertama Kemam/bancuh 2 sachet SSKWC  dgn air masak 300ml atau air jus tanpa gula , sebelum tidur/perut kosong (2-4j slps mkn mlm) ..Kalau gastrik makan dulu.. Lepas 2 jam baru consume SSKWC  . Hari ke-7 & seterusnya kemam/bancuh 1 sachet SSKWC
Kalau kita ada amik ubat tahan sakit/demam/selsema/batuk.. Jarakkan 2-4 jam dari pengambilan Supllement ini. Sebab apa kena jarakkan? Sbb ubatan tahan sakit juga ada sedikit unsur spt caffein
Elakkan caffein sbb caffein bleh kurangkan keberkesanan vitamin c. Sekaligus kurangkan keberkesanan Serapan gluta dlm badan
Selain beli detox yg byk dijual atau detox tea., boleh juga amalkan air detoks home made . Ia boleh keluarkan toxin dari badan kita..jadi segala suplement/nutrien senang diserap dan membantu mempercepatkan lg proses penyerapan gluta. so jom la kita makan kawaii sambil amalkan green tea ea.
 Cara consume sswkc
Utk pengguna pertama, 6 hari yg pertama amik 2 sachets sekaligus atau perut kosong half hour b4 breakfast atau 2hours after dinner/sebelum tidur..hari ke-7 seterusnya boleh continue 1 sachet..consume hari2. banyakkan air masak 2-3 litres sehari..dan elakkan kafein utk kesan maksimum..
Cara penggunaan Kawaii Collagen Skincare Set
1. Kawaii Collagen Brightening Serum
Minggu Pertama: Apply sebelum tidur
Minggu Kedua seterusnya: Apply waktu siang before pakai bedak..kira mcm make up base la..

2. Kawaii Collagen Miracle Water
 Minggu Pertama: TAK  PERLU..Minggu pertama pakai serum je dulu..
 Minggu Kedua: Apply sebelum tidur..sbb minggu kedua serum tu pakai siang, so mlm apply miracle water. Nak lebih berkesan, sementara tunggu barang sampai..detox dulu..minumair detox yg boleh buat sendiri kt rumah je
KAWAII COLLAGEN WHITE MAXX EXTRA bersama SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN, dua jar ini wajib diminum serentak kerana ia melengkapi antara satu sama lain. 
3. Cara minum:-
a) Dari hari pertama hingga hari ke enam kita minum dua2 sekali tau. First bancuh 1 sachet KAWAII COLLAGEN WHITE MAXX EXTRA dgn air sejuk dan diminum sebelum tidur. Kemudian minum pula 1 sachet SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN pada masa yg sama. Buat macam nie sampai hari ke enam.
b) Masuk je hari ke tujuh kita selang selikan 1 hari 1 sachet KAWAII COLLAGEN WHITE MAXX EXTRA diikuti 1 hari 1 sachet SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN hari berikutnya.
Ha macam tu la cara penggunaan nya sampai bila2..

4.  Miracle Brightening Soap 
 Untuk Miracle Brigtening Soap pulak kita pakai macam biasa la time pagi dan malam.. Guna macam kita gunapencuci muka yang lain..

Apa fungsi Miracle Brightening Soap
- Memudarkan parut jerawat
- Mengawal sebum & minyak berlebihan
- Menghalus & melicinkan kulit
- Menutup pori-pori terbuka
- Menyamarata tona kulit

Hahahahah panjang kan ini la serba sedikit maklumat yang wanie jumpa yang dapat wanie kongsi dengan korang tentang khasiat dan penggunaan produk nie.. Bagi yang baru nak mencuba macam wanie sama2 la kita try elok atau x sama2 la kita berdoa ea.. heheheh. ok esok lepas ambik produk nie dari kak fiza wanie update gambar produk dengan korang ea.. Selamat Mencuba untuk korang dan diri sendiri hahhaha :p

Summary cara nak pakai  Miracle Brightening Soap, Miracle Water dan Brightening Serum.

~ Cuci muka menggunakan Miracle Brightening Soap. Kemudia titiskan beberapa titik miracle water pada tapak tangan dan tepuk tepuk lembut ke seluruh wajah. Kemudian, sapukan pula brightening serum
Assalamualaikum 

Big LOVE and Hug 
WanieZulkafli
xoxo
Unknown

Assalamualaikum...

hai semua... hehhehe ok malam nie wanie nak cerita tentang kecantikkan pulak.. hahahah bukan nak berkongsi apa2 tips ea.. cuma nak kongsi cerita je hooohohohoho..

Sebagai seorang wanita kecantikan tu adalah benda yang paling penting untuk kita sebab dengan kecantikan la kita akan jadi lebih yakin.. ea dak... hahaha dan kalau kita da masalah kulit muka or masalah apa2 je la kat badan kita nie.. mesti kita akan rasa down... x happy... malu nak keluar rumah.. xda keyakinan dan macam2 lagi la.. ha sama la dengan wanie.. wanie da masalah warna kulit x sekata.. pori kat muka besar.. bintik2 hitam dan putih kat muka.. berminyak... ha banyak kan.. so benda nie buat wnie rasa x seronok nak gi jalan2 terutamanya bila keluar dengan En. Tunang.. walaupun sebernarnya Encik Tunang x kisah pun.. tapi kita mesti la nak nampak cantik depan orang yang kita sayang kan.. tambahan sekarang nie lg beberapa bulan je lagi nak tiba hari bahagia wanie.. lg la wanie nak cepat betulkan apa yang x betul... 

Dah macam2 produk kecantikkan yang wanie pakai.. dari segi dalaman dan luaran maksudnya produk yang kene pakai macam pencuci muka la.. toner la.. cream la.. semuanya dah try... produk yang kene makan untuk cantik pun dah try... da la satu produk nie.. nampak la perubahan dari segi warna kulit muka dan badan tapi pori2 besar dan bintik2 hitan dan putih masih x hilang lagi... tu yang buat lagi tensyion sampai kadang2 rasa macam nak gi jer habiskan duit walaupun xda duet untuk buat rawatan muka kat mana2 spa kecantikkan... haiiii pening2.... 

Tadi wanie gi dinner dengan Encik Tunang.. sambil makan teman encik tunang tengok game bola kat kedai mamak.. dah bosan wanie pun google2 la produk kecantikan yang ada..dan terbaca la tentang produk yang Jihan raja lawk pakai iaitu KAWAII COLLAGEN... Dah pernah dengar tentang produk nie dan da jugak rasa nak try tp x beli pun hahahaha... so pk punya pk... google punya google tentang review orang2 yang pernah pakai tiba dalam hati terdetik la nak try.. cari pulak kat facebook sape2 yang da jual.. dan da jumpa satu kakak nie dia dealer kat area Setiawangsa.. So apa lagi waie terus whatsup kakak tu dan beli produk yang sama macam Jihan pakai... hahhaha.. harga yang wanie dapat RM180 untuk 5 jenis benda  macam dalam gambar kat bawah nie.. dan nie ha contoh gambar Jihan sebelum dan selepas.. risau jugak sebenarnya kalau xda apa2 perubahan ea la.. hahahah redho je la... xcuba macam ne nak tau kan.. 



ok next page nanti wanie cerita satu per satu tentang khasiat dan cara penggunaan produk nie ea.. berkesan atau x korang kene la tunggu hujung bulan nie baru wanie update ea.. ea la sebab kalau esok or minggu depan memang la x nampak perubahan sebab baru try hahahaha.. ok tunggu ea hujug bulan nie untuk tahu keberkesanan produk nie...


Assalamualaikum..

Big Love and Hug
WanieZulkafli
xoxo
Unknown
Assalamualaikum..

hai semua.. hehehe ok sebelum wanie mula berceloteh yang panjang berjela tentang e-day wanie, moh la sini wanie kongsikan gambar2 kenangan  Engagement Day Wanie pada 8 August 2015 yang berlangsung di Muar Johor di rumah Mak Uda wanie. Majlis berlangsung lepas zohor.. hehehe

ok now sebelum you guys menjulingkan mata untuk baca cerita E-Day wanie sila silalah cuci2 mata korang ea.. heheheh

Nie cup cake yang wanie bagi untuk pihak lelaki.. hehehe wanie ambik design bola sebab En. Tunang memang suka sangat bola.. boleh kata macam fanatic jugak la.. hahhaha dan En. Tunang sokong Perak ate sebab tu la teman ambik design team Perak. hahah yang nie wanie order dengan sorang akak nie. Cup cake die memang sedap dan x manis sangat.. kalau berminat boleh la order dengan akak nie tapi untuk area johor je ek.. nie no. tel akak tu 016-2167729 (kak iza). 


 
 nie time sesi sarungkan cincin merisik dan cincin tunang.




 yang baju biru gelap tu la ayah kesayangan wanie.. Menyesal sangat sebab xdapat tangkap gambar berdua dengan ayah sebab ayah wanie sibuk sangat ari tu sampai x sempat nak bergambar berdua... :(

 nie Ibu kesayangan wanie.. Ibu nampak happy sangat time nie heheheh Ibu wanie kecik je orang nya..
 nie la adik beradik wanie yang paling wanie sayang.. kami lima beradik jer.. hehehe

 nie BFF wanie.. Wanie happy sangat sebab dieorang dapat datang walaupun masing2 sebuk dengan urusan sendiri.. ok meh wanie kenalkan BFF wanie ea.. Yang paling kiri tu nama die SUE, then LINA, and EAH. TQ girls love you all so much!!

 nie la family En. Tunang.Yang berbaju biru tu la bakal my mother in low dan yang free hair pakai baju biru gelap tu bakal my sister in law dan baju melayu biru tu bakal abang ipar wanie. ha lupa plak yang baju batik tu bakal my father in law. 





ok nie la doorgift wanie untuk guest yang datang dan untuk keluarga pihak lelaki.

heheheh ok next page nanti wanie kongsi lagi detail tentang E-DAY wanie ea..

Assalamualaikum

Big LOVE and Hug 
WanieZulkafli
xoxo
Unknown
Assalamualaikum..

hehehehe dah lama betol x update dalam blog nie.. dah bersarang rasanya nie.. hahaha ok kali nie wanie nak update check list persiapan tunang part 2 ea.. hehehe. OK Sebelum nie wanie da share dengan korang tentang timetable untuk check list yang wanie buat so sekarang wanie nak share lagi detail tentang persiapan tunang so senang la bagi bakal2 tunangan orang yang nak buat rujukan nanti haaa dah x yah pening2 dok pikir...

ok xmau nak mengomel panjang so moh la kita proceed ea kak yong2 semua.. ^_^

1. Tarikh, Hari dan Masa
haaaa no 1 nie la yang paling penting sekali syg2 ku sekalian sebabnya kalau dah tau nak bertunang kene la da tarikh, hari dan masa. Kalau xda 3 benda penting nie macam ne korang nak bertunang kan.. ok Tarikh, hari dan masa yang korang nak pilih nanti kene la make sure semua orang ada dan dipersutujui oleh kedua2 belah pihak ea sbb time tunang nie parents dan ahli keluarga untuk kedua2 belah pihak la yang paling penting sebab dieorang yang nak datang berbincang nanti. So bila dah ada tarikh masa dan hari yang sesuai kita proceed ke next step.

Untuk Majlis pertunangan wanie yang lepas kami dah bersetuju untuk buat pada tarikh 8.8.2015 di Muar dan waktunya adalah selepas Solat Zohor. Tarikh nie dipilih bukan sebab nombor die nampak cantik ea hehehe tarikh nie dipilih sebab waktu nie je semua ahli keluarga dapat berkumpul terutamanya yang jauh di perantauan.

2. Tempat Majlis
Lepas kita dah da tarikh hari dan masa kita kene la decide tempat dan time tunang nie kita memang buat kat rumah pihak perempuan ea ( bagi yang dah tahu jangan la marah ea just nak inform pada yang lain :) ) Untuk majlis nie wanie buat di rumah Mak Uda wanie sebabnya wanie tinggal di
Batu Pahat jadi jauh dari sedara2 yang lain sebab yang lain semua tinggal di Muar jadi sebab tu wanie dan keluarga decide nak buat di rumah Mak Uda wanie.. Terima Kasih Mak Uda sebab bagi pinjam rumah heheheh.

3. Thema Tunang.
Thema tunang nie merujuk pada warna pakaian kita nanti sebab nanti senang nak matching dengan pelamin. hehehe untuk majlis wanie, wanie ambik tema hijau turquoise dan pink.. hehehe untuk wanie dan Encik Tunang kami pakai warna hijau turquoise. Jadi pelamin nanti warna pink akan lebih dari warna hijau.

4.  Hantaran 
Bila dah ada tarikh, hari, masa dan tempat jadi boleh la korang pikir tentang hantaran pulak. selalunya untuk hantaran pertunangan xda la banyak sangat dalam 3 balas 5, 5 balas 7, atau paling banyak 7 balas 9. Kebiasaannya hantaran untuk tunang nie kita banyak kan manisan sebab sebenarnya hantaran nie lebih kepada nak bagi kat ahli keluarga ea la sebab penat dieorang datang tolong kita kan. apa salahnya dikongsi apa yang ada dengan dieorang.. hehehe.
selalunya kalau pihak perempuan bagi 5 pihak laki bagi 3. selalu orang bagi ikot nombor ganjil dan pihak perempuan akan bagi lebih dari pihak laki ea. tapi jangan ditanya kenapa sebab wanie pun x tahu hehehe.

ok untuk list Hantaran wanie dan Encik tunang boleh tengok kat bawah ni ea. :-

Hantaran Pihak Perempuan untuk pihak lelaki :-

1) Kasut Kulit (Untuk pakai time Nikah)
2) Kain Sampin (Untuk Pakai time Nikah)
3) Baju Melayu (Untuk pakai time Nikah)
4) Cup cake
5) Buah- Buahan
6) Coklat Ferrero Rocher
7)Sireh Junjung

Hantaran Pihak Lelaki untuk pihak perempuan :-

1) Cincin Merisik dan Cincin Bertunang
2) Dress Nikah
3) Cake
4) Buah- Buahan
5) Sireh Junjung

* Nie tips untuk sesiapa yang nak berimat ea.. wanie cadangkan hantaran tunang nie better korang bagi barang yang nak dipakai time nikah nanti kan senang jimat pun jimat sebab time nikah nanti xyah pening2 cari barang2 nak pakai.. hehehehe

5. Baju Bertunang
Baju bertunang sebenarnya kalau nak lagi jimat better korang beli baju yang siap sebab kalau tempah sebenarnya lagi mahal dari beli baju siap. Sebabnya harga kain jer dah lebih dari RM50 tu x termasuk upah menjahit lagi especially bagi yang dok KL lagi la menangis nak cari tukang jahit yang murah. Tapi bagi yang mampu dan punya citarasa yang lain dari yang lain boleh je tempah dan buat baju ikot design korang.

Wanie beli jer baju siap kat Jalan Tar. Kat Jalan Tar nie da banyak kedai2 yang jual baju siap yang cantik2. yang simple ada yang cantik2 ala merelip2 pun ada.. harga pun bersesuaian la untuk yang nak budget. Wanie beli Kebaya pendek jenis kain songket dengan harga RM280 dan untuk Encik Tunang pun beli baju melayu die kat situ jugak baru RM100 siap dapat sampin free lagi. hehehe murah kan.. untuk Encik tunang pakai kemeja pun ok tapi wanie dan Encik Tunang lagi prefer untuk pakai Baju Melayu nanti.

6. Tudung dan Veil.
Untuk tudung wanie beli kat Masjid India jer.. hehehe wanie beli shawl baru RM25, Veil pulak wanie buat sendiri sebab lagi seronok bila dapat pakai veil ikut design yang kita nak dan lagi puas hati time pakai nanti. harga kos buat veil dalam RM100 sebab wanie beli lace yang dh da manik senang xyah nak jahit2 manik.. Untuk tahu cara nak DIY Veil nanti wnie share kat page lain ea.. hehehe sebenarnya korang boleh buat veil less than RM100 sebab ikut citarasa dan budget korang kan.

7. Mini Pelamin  
Untuk tunang kebiasaanya orang just buat mini pelamin jer sebab tunang je kan.. rugi buat besar2..
So korang boleh la cari2 kat encik google jenis mini pelamin yang macam mana yang korang nak dan spe yang korang nak ambik untuk buat pelamin nanti. sebenarnya kalau nak jimat better korang ambik pakej yang lengkap dengan pelamin dan make up sebab lagi murah. tapi wanie tak ambik pakej sebab wanie dah berkenan dengan make up sorang kakak nie. ok korang boleh survey yang mana murah kat majalah pengantin, majalah kahwin, mr. google or gi je kat facebook dan join la page tentang kahwin.

wanie cadangkan korang join group nie "All About Majlis Perkahwinan" kat facebook. (https://www.facebook.com/groups/majlisperkahwinan/?fref=ts)  kat group nie semua da.. pelamin, katering, make up photographer semua la dan korang boleh pilih ikut kemampuan dan citarasa korang. Untuk pelamin wanie ambik dengan pasangan suami isteri nie dalam RM400 sebab wanie ambik kerusi Cleopatra sebab bakal mak mertua wanie sakit lutut so untuk senangkan die better ambik kerusi dari duduk di lantai.. ea dak. ;) Facebook dieorang https://www.facebook.com/zuraien.baharom dieorang memang baik, peramah dan pantua. boleh dikatakan memang selesa dan bagus la guna service dieorang.

8. Make Up 
Service make up pun wanie cari kat facebook "All About Majlis Perkahwinan". cari punya cari wanie jumpa la satu kakak nie.. wanie suka cara die make up. kalau nak yang soft dan neutral pun cantik, nak yang heavy pun cantik. akak nie memang punctual orangnya dan cantik.. hehehe orang boleh tengok hasil kerja akak nie di Facebook die " Puteri Oh Asyikin" (https://www.facebook.com/noratasya.tasya.9?fref=ts) Make up wanie kene dalam RM250 dan wanie memang sangat berpuas hati dengan hasil kerja akak nie.

9. Photographer
Photographer pun masih sama wanie cari dalam facebook "All About Majlis perkahwinan". wanie dapat harga promotion dalam RM499. Pakej include :-
*1 Custom Album
*8GB Pendrive
* Free Outdoor
Bagi wanie harga yang wanie dapat nie agak murah la sebab gambar2 die memang tip top dan xrugi la ... nie nama Facebook die Thara Yusra (https://www.facebook.com/thara.yusra)

10. Doorgift.
Masa tunang nie doorgift xda la penting sangat. it depends nak bagi pun boleh xnak bagi pun boleh. tapi bagi wanie, wanie memang nak bagi sebab ea la penat2 tetamu datang meraikan majlis kita jadi apa salahnya kita happy kan dieorang dengan bagi something kan.. hehhe untuk doorgift wanie bagi mini sejadah dan makanan ringan.. Nak tahu tentang doorgit wanie macam harga dan etc nanti wanie update kat page lain ea..

11. Hand Bouquet 
Untuk Hand Bonquet wanie buat sendiri je.. beli barang2 dan bunga plastic kat masjid jamek dan buat sendiri jer lagi jimat hehhee.. total dalam RM40. Xmahal pun sebenarnya sebab hand bouquet nie kita boleh pakai lagi untuk majlis akad nikah nanti hehehe kan jimat..

12. Hidangan Makanan
Makanan nie pun penting sangat sebab ea la orang dah penat2 datang dan habis air liur berbincang untuk kita so mestila kita kene jamu dieorang makan dan minum yang sedap2 sebagai tanda terima kasih yang tak terhingga kita pada dieorang.. Pada mulanya wanie dan keluarga decide nak gotong royong masak reramai jer.. dan nak buat lauk2 kampung macam asam pedas dan laksa.. tapi bila pikir2 balik dan buat budget ALAMAK!! mahal la pulak nak beli ikan dan masak... so kiteorang decide nak ambik katering jer.. katering nie ambik dengan kawan Pak Uda wanie.. Orang kampung situ jugak. Pak cik nie sangat baik.. order untuk 100 orang makan tapi die bagi lebih 50. harga pun sorang RM9. MURAH DAN SEDAP!! makanan yang kiteorang buat adalah :-

1) Nasi Minyak
2) Ayam MasaK Merah
3) Daging Masak Kicap
4) Arca Sayur
5) Ikan Masin
6) Air Tembikai
7 ) ETC (xingat hehehe)

Ada jugak kuih muih dan mee kari yang di sponsor oleh mak cik ku sayang.. hehehe

13) Khemah dan Kerusi 
Untuk khemah dan kerusi hehehe dah jimat sebab rumah Mak Uda wanie sekali dengan Kedai makan die.. maksudnya Mak Uda wanie da bukak kedai makan depan rumah so depan rumah die dah memang da khemah, meja dan kerusi so dah jimat x yah nak sewa. hehehe Alhamdulillah

14) Waki jurucakap untuk pihak lelaki dan perempuan.
Kebiasaanya jurucakap nie selalunya bukan ayah kita tapi orang lain yang tolong wakilkan.. Kita kene decide sape yang nak jadi jurucakap sebab nanti kita kene gitahu die apa yang dieorang nak bincangkan macam mengenai majlis nikah, hantaran, mas kahwin dan lain2 lagi tentnag hari nikah dan sanding nanti. so untuk pihak perempuan Pak Uda wanie minta kawan die yang wakilkan sebab die dah biasa jadi jurucakap nie dan nama Pak cik nie Pak Cik Syamsudin dan kebetulan nama jurucakap untuk pihak laki pun nama Pak Cik Syamsudin hehehe memang kebetulan sangat..

15. Jumlah Pihak Lelaki yang nak datang
Ha korang jangan lupa tanya jumlah ahli keluarga pihak lelaki berapa orang yang akan datang.. bukan apa takut makanan dan doorgift yang disediakan nanti x mencukupi.. orang kata biar lebih jangan kurang..

16. Homestay untuk keluarga Pihak Lelaki
Untuk gegirl yang Encik tunang nya duk jauh kene la cari homestay ea.. kalau tak dieorang nak tido mana.. cian dieorang.. Untuk wanie.. Encik tunang datang dari Kuala Lumpur dan KL ke Muar makan masa dalam 2 1/2 jam ke 3 jam saje.. so keluarga encik tunang decide xnak tido sebab just nak balik hari. tapi wanie tetap sewakan homestay sebelah rumah Mak Uda untuk dieorang rehat, mandi dan solat sebelum balik nanti. Wanie sewa homestay 1 hari hehehe sebab wanie, keluarga wanie, kawan2 wanie dan kawan2 adik semua tido kat rumah tu hehehe ea la rumah wanie kan di Batu Pahat so Batu Pahat nak ke Muar makan masa 1 jam so malas nak ulang alik jadi just stay kat situ then bila keluarga pihak lelaki datang kami duk la rumah Mak Uda hehehe sebelah je pun..

Anggaran perbelanjaan yang wanie dan keluarga keluarkan untuk majlis Pertunangna wanie adalah dalam RM2000. tapi korang boleh kurangkan lagi kos tu sebenarnya,

wanie harap tips2 dan checklist nie dapat la membantu korang nanti dan harap2 entry nie dapatla bagi sikit gambaran untuk korang tentang persiapan korang nanti.. Bagi yang bakal menjadi tunangna orang Tahniah wanie ucapkan dan semoga semua nya berjalan lancar ea.. Amin..

Assalamualaikum.

Big Love and Hug
WanieZulkafli
 xoxo