Unknown
20 February 2016

Assalamualaikum....

Hai korang semua... ok entry kali nie seperti yang dijanjikan wanie akan share cerita masa wanie dan family beriadah ke Pantai Minyak Beku di Batu Pahat. ermmmm apa yang best kat Pantai minyak beku ea??? ok jawapan nya sebab kat sini ada Perigi Batu Pahat. Perigi nie istimewa sebab perigi nie ada sejarah die sendiri dan di sebabkan perigi nie la terjadi nya nama Batu Pahat.

Perigi Batu Pahat nie terletak betul2 kat tepi pantai Minyak beku dan berdekatan dengan balai polis Minyak Beku. Size perigi nie comey2 jer dalam 10 kaki dan mengikut sejarah perigi nie dah dipahat oleh askar2 Siam masa dieorang larikan diri time dieorang tewas dalam peperangan masa dieorang serang Melaka masa pemerintahan Sultan Mansur Shah, Sultan Melaka ke III (144-1459).  Waktu kejadian askar2 Siam dikejar oleh Bendahara Tun Perak, Bendahara Melaka dan pengikut-pengikutnya sampai la ke Muar. Masa askar2 Siam nie sampai di Batu Pahat dieorang dah pahat batu di kawasan yang mengalirkan air sampai la jadi sebuah perigi.  Lepas tu dieorang teruskan lagi perjalanan ke Selatan dan balik ke Siam melalui jalan Laut China Selatan. Batu pahat dapat nama bersempena dengan peristiwa nie la dan sebelum tu nama Bnadar Batu Pahat nie adalah Bandar Penggaram tapi dah diganti dengan nama Batu Pahat. Penggaram nie pulak nama nya datang dari perkataan "pangkal Jeram sebab kat situ ada jeram yang berdekatan dengan sungai kecik yang mengalir dari bukit belakang bandar Batu Pahat.. haaaa xpe2 jangan susah hati kalau x faham nanti datang sendiri kat perigi nie boleh la baca sejarah perigi nie.. sejarah perigi nie diterangkan dalam 4 bahasa tau iaitu Bahasa Melayu, English, Bahasa China dan Bahasa Korea kot hahaha x sure..

kat bawah nie gambar perigi dan papan yang menceritakan tentang asal usul perigi ni.


jalan untuk ke perigi. di sebelah kanan korang akan nampak Balai Polis Minyak beku dan sebelah kiri Pantai Minyak Beku


nie la perigi yang wanie citer tadi ^_^ papan history nie depan belakang da wording sebab da 4 bahasa kan hehehe

Pantai Minyak Beku nie terletak lebih kurang 10 ke 15 kilometer daripada pusat Bandar. Jalan nak ke sini pun agak terpencil dan susah sikit la. plus jalan die agak bengkang-bengkok. Tapi jangan risau jalan nak ke sini da banyak papan tanda tapi kalau risau jugak boleh la guna Mr. Google atau Mrs Waze. Sikit tips yang wanie boleh bagi kalau korang nak ke sini korang cari dulu landamark batu pahat iaitu monumen Tangan Terapung yang tengah pahat batu. monumen di ada di dataran Batu Pahat. so daripada situ korang akan nampak papan tanda ke Pantai Minyak Beku so apa lagi follow je la hehehe.

Di Pantai Minyak Beku nie kalau waktu weekend2 (iaitu hari Jumaat dan Sabtu ea untuk Johor) ada banyak gerai yang bukak kat tepi2 jalan.. wanie suggestkan korang try makan burger kat situ.. sebab bagi wanie burger kat situ memang sedap.. kat sini da satu jer kedai burger jadi senang la korang nak cari.. harga pun not bad RM 2.50 untuk burger daging biasa cuma kalau air dalam botol tu mahal sikit la RM1.50 untuk air dalam botol yang memang dah tertulis harga die RM1 kat botol tu.. heheh tp xpe la halal kan je ^_^ Selain dari burger kat sini pun ada jual jagung, kepak ayam madu, ais krim, nugget dan macam 2 lagi la hahaha.  bagi wanie seronok sangat datang sini petang2 dengan family tersayang.. jalan2 tepi pantai sampai rasa angin pantai yang sepoi2 bahasa.. fuh best sangat..

haaa bagi korang yang suka memancing boleh la datang sini untuk memancing sebab wanie tengok ramai jugak yang datang memancing kat sini.. dah penat berceloteh so moh la menjamu mata dengan gambar2 kami sekeluarga ^_^














Salam Sayang
WanieZulkafli
xoxo
Unknown
20 FEBRUARY 2016

Assalamualaikum...

hai readers.. Cuti Chinese New Year hari tu wanie dan keluarga gi beriadah di Tasik Y dan Pantai Minyak Beku. Untuk orang batu pahat nama 2 tempat nie memang dah sebati dengan penduduk Batu Pahat hahaha sebabnya kat sini memang tempat family datang beriadah dan kebiasaannya kat taman nie memang akan sesak dengan keluarga bila hujung minggu atau pada waktu petang.. so entry kali nie wanie citer tentang tasik Y dulu ea.. Tasik Y nie terletak di pinggir Bandar Batu Pahat dan maknanya jauh la dari kesibukkan bandar so kalau korang datang sini memang tenang je.. (ignore suara budak2 main hahah) Kalau nak ke Tasik Y, lokasinya adalah jalan menuju ke Hospital Batu Pahat.. kalau susah sila la tnya EN. Google Map atau En. Waze.. dieroang confirm tau.. ^_^

Tasik Y nie dapat nama macam tu sebab kat sini dieorang buat tasik tu bentuk macam "Y" so sebab tu la nama die tasik Y



Ha nie la family kesayangan saya!! yang belakang tu la tasik Y.. hahaha x jelas sangat sebab kalau nak jelas bentuk Y tu kene la ambik dari pandangan atas tapi masalahnya mana pulak la chek nak tangkap gambar dari pandangan atas.. so yang nie pun ok la hahaha

Bagi wanie tempat nie memang best kalau kita just nak bersantai2 rehat2, tenangkan fikiran dengan keluarga dan semua benda nie akan buat kita lagi dekat dengan family kita. Bagi wanie yang unik nya tentang taman nie adalah sebab kat taman nie ada 2 patung dinosaur, t-rex dan triceratops ( dinosaur yang macam badak tu hahaha). hahah untuk orang lain mungkin fikir "ala patung jer kot" tp bg wanie benda nie best kot hahaha bukan tu jer kat sini pun ada tempat permainan kanak2 so bagi yang bawak anak2 kecik tu boleh la korang layankan anak2 korang main2 kat situ.. Bagi yang nak bersenam kat sini pun ada alatan senaman. So senang citer kalau datang sini korang boleh beriadah kat bawah pokok.. jalan2 tepi tasik.. simple picnic dan bersenam.. haaa best kan.. simple but best.. ha apa yang nak di expect dari tempat riadah kalau nak lebih2 g la holiday hahahah.

ha lupa plak benda penting.. kat sini pun ada gerai makan.. jadi kalau malas la bawak makanan dari rumah boleh la makan kat kedai yang ada kat sini.. kedai makan kat sini bukak dari pagi sampai la ke malam. but sorry no comment untuk kedai makanan kat sini.. sedap atau x wanie pun xtau hahah sebab wanie x pernah try lagi.. nanti kalau dah try wanie gthu ea.. ;) tapi orang kata menu popular kat sini ABC dan Yong Tau Fu. so nanti kalau korang datang sila la try yang nie dulu huhuh.

Sampai sini je la ea cerita tentang Tasik Y. sila2 kan la menjamu mata dengan gambar2 wanie dan keluarga kat bawah nie ea..
















ok la sampai sini je la untuk entry kali nie..


Salam Sayang

WanieZulkafli
xoxo






Unknown
Assalamualaikum..

Hai readers... hurmmmm pening2... rasanya macam dah buat preparation awal tapi rupa2 nya idok hahahah ok semua benda untuk majlis Alhamdulillah wanie dah setelkan tapi masalahnya benda yang paling penting sekali wanie x buat lagi... korang nak tahu benda apa yang paling penting yang kita wajib buat dulu... benda tu adalah cari Juru Nikah!!  nie yang paling penting.. kita kene booking awal dan better booking 2 ke 3 bulan sebelum majlis sebabnya takut2 nanti time kita nak angkat nikah juru nikah semua dah di book dan benda nie la yang wanie paling takut sangat...

sebenarnya wanie lupa tentang benda nie.. so wanie harap korang jangan buat kesilapan yang sama macam wanie.. esok baru wanie nak setel kan hal juru nikah.. harap2 masih ada yang kosong lagi.. doakan wanie ea.. jurunikah nie korang just gi pejabat kadi dan jumpa untuk buat booking.. time booking xperlu bawa apa2 pun just bagi tarikh, tempat dan masa.. senang kan.. apa la wanie nie.. benda macam nie pun xbuat2 lagi... :(

malam nie wanie nak setel kan borang2 nikah untuk pihak lelaki dan perempuan.. untuk pihak wanie just isi online jer.. kat website nie http://encr.johor.gov.my/ ( untuk orang johor je ea.) setiap negeri akan guna website lain2.. untuk pihak lelaki adalah di Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur dan untuk di KL xda online. so semua kene buat manual.. kene download.. isi dan anta di pejabat agama..

satu lagi benda penting janagan lupa ea gi Hospital atau klinik kerajaan untuk buat pemeriksaan ujian HIV. benda nie wajib tau.. minggu depan kot baru nak g buat hehehe

ok la nanti wanie akan update lebih detail tentang semua process nie ea.. ok la nak sambung isi form nikah heheheh gudluck semua :)

Salam Sayang
WanieZulkafli
xoxo
Unknown
Assalamualaikum.. -2 Feb 2016 -

hai readers semua.. hhehehe wanie ada exam sebenarnya esok... :'( 15% pulak tu.. exam statistic.. wuuuaaaaaa malas nya nak study... wanie memang x suka benda yang banyak kira2 nie.... xsuka xsuka wuuuuaaaa.. buku dah buka untuk study tp mood study tu x dtg lagi... macam mana nie.. sekrang dah pukul 1.35 pagi... esok dah la kelas pagi... help help... hahhahaha meroyan malam2 hari... xpe la esok time bangun subuh la wanie study sebab orang kata study pagi2 terutamanya lepas subuh lagi cepat inga dan memang dah try buat and berkesan.( ayat nak sedapkan hai sendiri hahahaha)

malam nie just nak share tentang study.. dari pada budak tadika sampai la kita yang dah berusia nie bila sampai bab2 study nie memang la rasa malas sangat.... time nak study tu la kita akan rasa otak jemmm.... mengantuk laaa.... malas la... nak buat benda lain la... dah macam2 lagi la... so bila kita dah ada anak2 nanti bila dieorang malas nak study or nangis2 bila kita minta dieorang study kita jangan la marah2 dieorang sebab kalau kita kat tempat dieorang pun kita mesti buat benda yang sama ea dak??? betol kan??? tapi bagi yang memang rajin dan suka study tu lain la.. tapi korang tetap x boleh paksa2 anak2 study.. maksud wanie nak ajak anak2 study kena la pada caranya sebab budak2 zaman sekarang nie kalau di paksa makin x nak la jawapan nya,.. walaupun wanie xda anak lagi tapi benda nie based on my experience yang da 4 orang adik hahahaha

First at the beginning letakkan goal untuk anak2 kita. contohnya kita tanya dieorang apa yang dieorang paling nak sangat.. then bila dieorang dah nyatakan hasrat dieorang so kita umpan la dieorang dengan benda yang dieorang nak tu.. kita cakap la kalau nak benda tu ibu boleh bagi tapi dengan syarat adik kene rajin ke sekolah dan dapat semua 'A' baru ibu belikan.. kalau tengok dari segi negative memang nampak macam ajar anak jadi materialistic tapi bagi wanie negative thinking macam tu salah dan kuno sebab semua orang xnak buat benda yang sia2 anak2 x tahu apa kebaikan dieroang study tp dengan cara nie kita dah mengajar anak2 yang dengan study ia dapat bantu dieorang untuk dapatkan sesuatu jadi bila dieorang dewasa nanti dieorang akan sedar dan tahu yang kalau nak sesuatu mesti ada usaha baru la dieorang akan dapat apa yang dieorang nak..

so dengan cara tu anak2 secara x langsung akan rajin ke sekolah.. akan selalu belajar dan berusaha sebab dieroag dah nampak matlamat dierang study.. jadi dari situ pelan2 kita ceritakan pada dieroang tentang kepentingan pelajaran dalam hidup dieorang.. sebab bagi wanie nak ajar anak2 kena ada taktik dan teknik yang betol.. mana boleh2 paksa2 kita pun xsuka orang paksa kita macam tu dengan anak2 kita.. kita pun suka buat sesuatau bila ada something yang kita nak achieve macam tu juga dengan anak2.. dari situ kita dah ajar anak2 untuk mendisiplin kan diri, sentiasa letak matlamat hidup dan berusaha untuk berjaya..

hehhe ok la sampai sini je ea.. harap2 dapat membantu kita semua dan pada yang x setuju dengan cara nie sila diamkan diri dan jangan bagi apa2 feedback negative ea sebab x nak tahu hahahahaha setiap orang ada cara masing2 yang x setuju jangan la ikut kan senang xyah nak emo2 hahahaha

ok la korang gudnite..


Salam Sayang
WanieZulkafli
XOXO