Unknown
Assalamualaikum w.b.t

hai kengkawan semua.. hahahah tajuk nak nampak best jer hahaha 

Entry kali nie just nak buat luahan perasaan jer hahaha. wanie nie salah satu manusia yang cepat keliru dalam buat keputusan hidup.. cepat excited jugak hahha. ok macam nie cerita nya.. time keje dulu.. rasa keje nie susah sangat.. xpuat hati dengan boss la.. rasa macam kene buli la... itu la.. ini la... the wanie decide untuk berhenti kerja dan sambung Master di Unirazak sebab dapat scholarship.. Wanie sambung belajar sebab rasanya macam nak jadi lecturer sebab maybe akan ada banyak masa bersama keluarga lepas kahwin nanti.. tup2 bila dah sambung belajar ekonomi negara pulak x stabil.. banyak orang kene buang keje dan ramai yang kata sekarang tgh inflation so untuk fresh graduate memang akan susah nak dapat keje...

WHAT?? HA sudah mati cek sebab dah la lepas belajar nanti masa tu wanie dah jadi isteri orang.. kalau x dapat keje macam ne nak bantu suami.. cian kat suami xkan dia nak tanggung semua benda.. Hidup di KUALA LUMPUR nie bukan la mudah macam yang disangka.. semuanya berbayar and everything is expensive.. Wanie nak sangat jadi isteri yang dapat bantu suami dan wanie rasa bukan wanie je yang rasa macam nie.. isteri2 kat luar sana pun mesti rasa benda yang sama.. nak tolong suami dan parents kita.. 

Then mula la wanie jadi keliru balik.. nak study full time kerja part time or study part time then keje full time.. kalau ikutkan hati memang nak sangat keje full time study part time tapi di sebabkan wanie student scholar jadi kene keje full time if not kene la wanie bayar balik... fikir punya fikir... setiap sudut di ambil kira dari segi pro and cons jadi wanie decide untuk start cari keje semalam. hahaha giler kan pendirian x tetap betol hahaha

x kisah la apa rang nak kata yang penting kita tahu apa yang kita nak kan3 hahaha kalau korang follow cite wanie, wanie da cite tentang keje part time di UNIKL.. hehehe untuk pengetahuan korang wanie memang suka sangat keje bahagian education especially di Marketing Department di Unikl tempat wanie keje part time dulu.. nak dijadikan cerita semalam wanie saja la type keje kosong di UNIKL dan guest what?? Alhamdulillah da keje kosong di department marketing... nie la benda yang paling wanie tunggu2... apa lagi terus wnaie apply kat jobstreet then ari nie trus contact my boss at UNIKL dgn Asst die heheheh sebab wanie hantar resume kat email dieorang jugak.. wanie berdoa sangat supaya wanie dapat keje kat situ... nka sgt2.. 

tapi kenela berfikiran positif.. kalau dah rezeki kat si tu Inn Syaa Allah segalanya akan dipermudahkan Allah.. tp kalau dah bukan rezeki wnaie kat situ buat macam mana pun xkan dapat.. hehehe
 ok sampai sini je la yea.. wanie nak g makan lapar hahahha nanti wanie update apa new nya ea,, hehehe doakan wanie ea kengkawan..

Salam Sayang
WanieZulkafli
XOXO
Unknown
Assalamualaikum W.B.T
Hai korang semua hahahah ok nie entry ke2 untuk hari nie.. moh la kita tengok apa yang dikatakan checklist perkahwinan yang kita perlu tahu ^_^

6 HINGGA 12 BULAN SEBELUM MAJLIS   
           Ø  Pilih tarikh dan waktu untuk :-
o   Majlis Penikahan
o   Majlis Resepsi
o   Majlis Bertandang
           Ø  Pilih lokasi untuk :-
o   Majlis Penikahan
o   Majlis Resepsi
o   Majlis Bertandang
          Ø  Tetapkan Tema Majlis
         Ø Anggaran jumlah tetamu dan mula buat checklist tetamu yang akan dijemput
          Ø  Rancang aturcara majlis
          Ø  Buat budget
          Ø  Hubungi khadi dan pejabat Agama Islam
          Ø  Pilih dan hubungi saksi perkahwinan
          Ø  Pilih tempat khusus kahwin
          Ø  Tempah dewan untuk majlis berlangsung
          Ø  Upah perunding majlis perkahwinan
          Ø  Tempah juru make up
          Ø  Tempah photographer
          Ø  Tempah videographer
          Ø  Tempah candy buffet
          Ø  Tempah photo booth
          Ø  Tempah persempahan silat
          Ø  Tempah kompang
          Ø  Tempah catering
          Ø  Pilih pengapit dan tema baju pengapit
          Ø  Pilih bridesmaids dan tema baju bridesmaids
          Ø  Beli barang2 hantaran untuk pihak lelaki dan perempuan
          Ø  Pilih gubahan hantaran
          Ø  Pilih lokasi berbulan madu
          Ø  Rancang tempat tinggal selepas berkahwin

LIMA BULAN SEBELUM MAJLIS
Ø  Himpunkan senarai tetamu
Ø  Beli baju nikah untuk pengantin lelaki dan perempuan
Ø  Tempah baju majlis resepsi dan majlis bertandang termasuk aksesori
Ø  Tempah destinasi berbulan madu seperti flight tiket dan hotel
Ø  Tempah pengacara majlis termasuk PA Sytem dan DJ
Ø  Tempah kek perkahwinan
Ø  Tempah penginapan untuk pihak lelaki dan tetamu
Ø  Cari idea2 menarik untuk doorgift
Ø  Booking or DIY photobook
Ø  Buat facial dan body treatment (proceed sehingga hari majlis maksudnya buat sebulan sekali untuk pastikan wajah kita berseri2 di hari Bahagia kita nanti)

EMPAT BULAN SEBELUM MAJLIS
Ø  Pilih dan tempah kad kahwin untuk majlis pihak lelaki dan perempuan
Ø  Sediakan peta lokasi
Ø  Tempah button badge untuk ahli keluarga dan bridesmaids
Ø  Tempah banner dan bunting
Ø  Beli cincin perkahwinan untuk pengantin lelaki dan perempuan
Ø Tempah atau beli hadiah cenderahati untuk tetamu vvip (family pihak lelaki  bagi majlis resepsi dan family pihak perempuan bagi majlis bertandang)
Ø  Tempah doorgift untuk tetamu
Ø  Tempah pakaian untuk family.
Ø  Beli hadiah istimewa untuk pasangan selain barang hantaran
Ø Pastikan semua kelengkapan perkahwinan telah ditempah dan dibayar wang deposit

TIGA BULAN SEBELUM MAJLIS
Ø  Daftar nikah secara online mengikut negeri masing2
Ø  Lengkapkan borang nikah secara online
Ø  Buat pemeriksaan kesihatan HIV (wajib) dan Telesimia (x wajib)
Ø Serahkan boring permohonan perkahwinan yang lengkap kepada pejabat agama masing2. (pihak lelaki perlu lengkapkan dan dapatkan pengesahan di pejabat agama terlebih dahulu sebelum diberi kepada pihak perempuan)
Ø  Booking tok kadi pilihan korang
Ø  Sediakan senarai tugasan untuk ahli keluarga
Ø  Serahkan barang hantaran kepada pengubah hantaran
Ø  Pilih senarai lagu
Ø  Tulis alamat tetamu pada kad jemputan

DUA BULAN SEBELUM MAJLIS
Ø  Hubungi Jabatan Agama Negeri untuk menyemak status permohonan nikah
Ø  Pos kad undangan bagi saudara atau rakan2 yang jauh
Ø  Memberi kad undangna secara face to face bagi yang dekat
Ø Bincang aturcara majlis bersama penyelaras majlis atau perundig majlis perkahwinan
Ø  Cetak aturcara majlis
Ø  Rancang kedudukan tempat duduk tetamu
Ø  Rancang kedudukan candy buffet, photobooth, meja hadiah, dan lain2

SEBULAN SEBELUM MAJLIS
Ø  Bincang panduan yang disediakan besama photographer dan videographer
Ø  Bincang senarai tugasan bersama ahli keluarga
Ø  Mencuba pakaian termasuk aksesori dan mengambilnya dari pereka pakaian.
Ø  Memastikan semua keperluan majlis sudah dibeli, dipinjam atau disewa.
Ø  Sediakan hiasan meja
Ø  Pastikan cincin dalam ukuran yang betol
Ø Cuba kasut kahwin dan lakukan latihan untuk mengayakan nya supaya semuanya kelihatan cantik dan sempurna.

DUA KE TIGA MINGGU SEBELUM MAJLIS
Ø Hubungi Pejabat Aagama Negeri untuk mengesahkan kehadiran pendaftar pernikahan
Ø  Pastikan semua urusan berkaitan procedure pernikahan telah selesai
Ø  Serahkan permohona cuti kepada majikan
Ø  Selesaikan semua urusan kerja sebelum mula bercuti
Ø  Sahkan jumlah tetamu dan maklumkan pada keterer
Ø  Aturkan kembali pengangkutan untuk majlis perkahwinan
Ø Aturkan kembali aturcara majlis supaya semua ahli2 yang terlibat ingat tugasan mereka
Ø Sahkan semula percutian bulan madu termasuk tiket penerbangan dan tempahan hotel
Ø Sediakan duit pembayaran untuk jurunikah, saksi dan perkhidmatan professional seperti baki pembayaran untuk photographer, videographer, candy buffet, photo booth, dewan, catering dan lain2 dalam sampul duet yang berasingan.
Ø  Tugaskan seseorang untuk memberikan duit pembayaran tersebut
Ø  Tugaskan seseorang untuk memberi doorgift kepada tetamu

SEMINGGU SEBELUM MAJLIS
Ø  Pastikan anda telah bercuti
Ø  Pastikan pakaian pengantin telah diambil atau diterima
Ø  Sahkan kembali semua perkhidmatan perkahwinan yang telah di tempah
Ø  Sahkan semua perincian dengan caterer
Ø  Siapkan hantaran dan cenderahati dalam bentuk makanan
Ø  Siapkan semua doorgift untuk VVIP dan tetamu
Ø  Mulakan kerja2 mengemas pelamin dan bilik tidur
Ø  Buat rawatan muka dan badan buat kali terakhir
Ø  Tugaskan seseorang untuk menjaga barang berharga
Ø  Sediakan dan pasang papan tanda (petunjuk arah lokasi majlis)
Ø  Aturkan taklimat tugasan kepada semua pembantu anda
Ø  Buat raptai untuk majlis resepsi
Ø  Semak berulang kali senarai ini dan senarai keperluan

SEHARI SEBELUM MAJLIS
Ø  Pastikan barang2 yang disewa, ditempah dan dipinjam sudah diterima
Ø  Pastikan kerja2 akhir telah disipakan oleh pembantu pembantu anda
Ø  Pastikan semua ahli keluarga mengingati peranan masing2
Ø  Pakai inai di jari
Ø  Rehat dan tidur awal

HARI MAJLIS PERKAHWINAN
Ø  Bangun awal dan mandi sunat
Ø  Pastikan anda mempunyai masa yang mencukup untuk bersiap
Ø  Pastikan anda makan dan rehat dengan cukup
Ø  Lalui majlis dengan penuh gembira

Hehehe ok sekarang kita dah ada checklis untuk our big day apa lagi moh la kita cek sekarang untuk melengkapi apa yang kurang dan yang paling penting kita kena la banyak2 berdoa pada Allah semoga majlis kita nanti berjalan dengan lancer, mendapat keredaan Allah dan rahmat daripada Allah dan yang paling penting semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik pada hari bahagia kita. J


Salam Sayang
WanieZulkafli

XOXO
Unknown
Assalamualaikum W.B.T
Hai readers!! Hehehe apa khabar semua?? Maaf la dah lama x update blog nie… hehehe biasala nak update blog nie kena ada semangat baru idea keluar mencurah2.. blog nie pun dah bersarang hehehe sekarang nie baru la rasa semangat yang teramat sangat tambah2 tinggal lagi 89 HARI JE LAGI!! WHAT!! 89 HARI LAGI?? YEAY!! seronok nya hahahha.. maaf la ter over pulak.. wanie dah lama nak share dengan korang semua tentang persiapan untuk my BIG DAY!! Sebab wanie rasa as a B2B kita semua mesti akan selalu cari maklumat di blog rakan2 B2B kita sebab banyak maklumat yang kita perlu tahu supaya hari bahagia kita berjalan lancar seperti yang kita Impikan.. Jadi wanie harap dengan perkongsian wanie nie sedikit sebanyak dapat membantu korang semua J

Mesti korang pun macam wanie kan.. Excited yang teramat sangat heheheh so entry untuk persiapan perkahwinan nie wanie akan kongsi kan tentang checklist, dan macam2 lagi.. hehehhe doakan wanie ea rakan2.. wanie pun akan mendoakan korang supaya majlis kita semua bejalan lancar dan mendapat rahmat daripada Allah S.W.T amin.. ha sebelum proceed wanie nak share sikit pengalaman as tuning orang hahaha.. macam yang orang selalu kata bila kita tengah tuning kita akan menghadapi macam2 dugaan and yes wanie pun tengah melalui semua tu.. 

Ya Allah rupa2nya banyak betol dugaan orang bertunang nie.. wanie dan MR. H selalu gaduh tentang duet la.. tentang life kiteorang la.. tentang macam2 lagi la.. Cuma kita dan pasangan kena la selalu kuat banyak kan bersabar dan ingat Allah. Semua dugaan yang Allah bagi nie hanya la sebab Allah sayang kita.. dan percayala benda2 nie semua yang buat korang dan pasangan kuat dan saling setia to each other dan akan makin memahami jadi bila tengah menghadapi dugaan kita kena selalu ingat Allah dan ingat balik saat2 bahagia kita dengan si Dia, pengorbanan di dia pada kita dan sebab2 kenapa kita pilih dia menjadi pelengkap hidup kita Inn Syaa Allah semua nya akan OK. HAHAHA dah macam pakar kounseling hahaha

Untuk tahu lebih lanjut tentang persiapan untuk our big day sila la baca di entry2 lain ea  J

Salam Sayang
WanieZulkafli


XOXO