Unknown
Picture :  Credit to MR.Google

heheheh tiba2 tekak nie rasa teringin nank makan ikan pari masak asam pedas.. google punya google jumpa la resepi nie.. warna die menarik giler dan pekat tu yang buat aq lagi terliur tu.. ok moh la kita tengok resepi die ea ^_^

Bahan-Bahan



* Ikan Pari (1kg)
* Cili kering (20 biji - dikisar)
* Bawang Merah (4 Ulas - dikisar)
* Bawang Putih (4 Ulas - Dikisar)
* Belacan (sedikit)
* Serai ( 1 Batang dititik)
* Bunga Kantan ( 1 Batang)
* Daun Kesum ( sedikit)
* Lada Hitam ( 1 sudu besar -ditumbuk)
* Jintan Manis (1 sudu besar - ditumbuk)
* Air Asam Jawa (1 mangkuk)
* Garam (secukup rasa)
* Gula (secukup rasa)
* Serbuk Perasa (secukup rasa)
* Minyak untuk menumis

Cara penyediaan :-

1) Rendam cili kering di dalam air panas selama 10 ke 15 minit, kemudian bersihkan dan kisar hingga lumat.
2) Kemudian ambil bawang merah, bawang putih,belacan dan kisar sehingga lumat.
3) Panaskan Minyak, Masukkan bahan2 tumis tadi (bawang putih, bawang merah dan belacan)
4) Tumis bahan2 tadi sehingga naik bau dan kekuningan. Kemudian masukkan cili kisar dan kacau sebati. 
5) Masukkan serai, lada hitam dan jintan manis dan kacau lagi. Kemudian biarkan sehingga pecah minyak.
6) Setelah pecah minyak boleh la korang masukkan air asam jawa dan biarkan sehingga mendidih.
7) Setelah mendidih korang masukkan ikan pari, bunga kantan dan daun kesum. Kacau sebati.
8)Akhir sekali tambahla garam, gula dan serbuk perasa mengikut cita rasa korang. 
9) Biarkan sebentar sehingga kuah agak pekat. Masak sehingga ikan masa ea. Bagi sesiapa yang x suka pekat sangat boleh la tambah air.
10) Ikan Masak Asam pedas korang dah siap untuk dihidang.

SELAMAT MENCUBA!!
            
Big Love and Hug
WanieZulkafli
 xoxo
Unknown
Assalamualaikum.
Hai korang.. tengah buat apa tu?? korang suka tempoyak x?? ok kalau suka korang pun mesti suka Ikan Patin Masak Tempoyak kan? Kalau suka jom tengok resepi di bawah heheheh
Picture : Credit to Mr. Google

Bahan-Bahan




* Ikan Patin ( 1 kg dipotong mengikut citarasa)
* tepung gandum
* Tempoyak (200gram)
* Garam ( secukup rasa)
* Gula (Secukup Rasa)
* Serbuk Perasa (Secukup rasa)
 * Daun Kesum ( 6 tangkai)
* Mentimun tua ( ikut citarasa -untuk bahan perencah)
* Cili Padi (10 biji- dikisar halus) 
* Kunyit hidup ( 3cm) (dikisar)
* Air ( 3 cawan)
* Air asam jawa

Cara Penyediaan :-
1) Ikan pati yang dah dipotong tadi di lumurkan dengan tepung gandum dan biar seketika untuk mengelakkan bau hanyir. 
2) Kemudian dibasuh dengan air asam jawa.
3) Campurkan cili padi dan kunyit hidup yang sudah dikisar bersama tempoyak dan gaul sebati.Tambahnkan daun kesum dan 3 cawan air. Gaul sebati
4) Kemudian rendamkan ikan patin bersama bahan-bahan tadi selama 15 minit.
5) Setelah itu masakkan bahan2 tadi pada api sederhana besar untuk seketika.
6) Masukkan gula, garam dan serbuk perasa dan mentimun tua yang sudah di potongBiarkan sehingga mendidih serta gaul sebati.
7) Biarkan sehingga mendidih atau sehingga ikan masa. 
8) Bila kuah sudah cukup rasa, cukup pekat korang boleh la tutp api dan jeng jeng jeng sedia untuk di hidang.. hehehe


Heheheh tunggu apa lagi? cepat2 gi beli barang dan cuba la masak sekarang hehehehe. SELAMAT MENCUBA.

Big Love and Hug
WanieZulkafli
 xoxo

Unknown



Picture : Credit to MR.Google



Assalamualaikum..
hai... apa khabar? hehehe jom kita buat GARLIC BREAD pulak ea kali nie.. nak buat garlic bread nie pun senang je.. Bahan2 die pun x banyak..ok xnak tunggu lama2 dah jom kita tengok resepi ea..

Bahan-Bahan

* French Bread
* Butter (Bergantung pada jumlah roti yang digunakan)
* Bawang putih yang siap detumbuk halus (Mengikut citarasa anda)
* Daun Rosemary
* Aluminium foil 

Cara Penyediaan :-

1) Potong French Bread 

2) Kemudian satukan butter dan bawang putih. Gaul sebati.
3) Masukkan Rosemary di dalam adunan tadi dan gaul sebati.
4) Kemudian sapukan adunan tadi pada roti.
5) balut roti dengan aluminium foil dan bakar didalam oven pada suhu 180c selama 15 minit.
6) sedia untuk dihidang.. ha mudah kan hehehe


Apa tunggu lagi hehehe sila cuba ^_^

Big Love and Hug
WanieZulkafli
 xoxo
Unknown
Assalamualaikum...
Hai semua... heheheh sekarang wanie nak kongsi respei mashed potato yang lemak berkrin dan disukai ramai... heheheh ok meh wanie bagi gambaran rasa mashed potato nie ea.. rasanya LEMAK, BERSUSU dan nyum nyum!! Tak mo bebel banyak jom kita tengok resepi ea..

Bahan-Bahan 


* Kentang ( 6 Biji)
* Butter ( 1/2 )
* Susu full Cream (1 Cawan @ ikot citarasa korang )
* Garam ( Secukup rasa)
* Serbuk lada Putih
* Daun Rosemary

Cara Penyediaan :-

1) Rebus kentang sehingga empuk.
2) Buangkan kulit kentang. Kemudian lenyek2 kan kentang korang tu sampai hancur.
3) Masukkan butter dan gaul sebati..
4) Kemudian masukkan susu dan gaul sampai sebati lagi.
5) Lepas dah sebati masukkan serbuk lada putih dan garam mengikut cita rasa korang.. Gaul sebati.
6) Siap untuk dihidang. Bila nak hidang tu korang boleh la hias dengan daaun Rosemary.


hahahahah senang kan macam main masak masak jer... SELAMAT MENCUBA!!

Big Love and Hug
WanieZulkafli
 xoxo
Unknown
Assalamualaikum.. 
Selamat pagi semua.. hehehe hari nie wanie nak kongsi resepi western food pulak dengan korang.. hehehe resepi nie wanie ambik dari blog kesukaan wanie blog kak ana. Tq akak untuk resepi yang simple dan sedap.. nyum nyum.. ok moh la kita tengok macam mana nak buat ea..

Sumber dan resepi credit to : mylovelyfamily-ana.blogspot.com
Picture credit to : Mr. Google

Bahan-bahan Perapan 

* Salmon
* Serbuk lada Hitam brand MCcormick
* Serbuk lada Putih brand MCcormick
* Mixed Herbs brand MCcormick
* Daun Rosemary brand MCcormick
* Garam
* Olive Oil

Cara Perapan :-

1) Perapkan salmon bersama kesemua bahan2 kecuali olive oil di atas selama 5 ke 10 minit. (Kuantiti bahan perap ikut citarasa korang ea)
2) Kemudian panaskan olive oil menggunakan  non stick pan dengan menggunakan api sederhana ea.. 
3) Setelah minyak panas masukkan salmon yang telah di perap tadi. Korang boleh masak salmon tu sampai agak2 masak sebab macam kata kak ana masak salmon jangan lama2 sebab nanti salmon jadi keras.. huhuhu ( terbalik-terbalikkan ikan tu ea untuk make sure dua2 bahagian masak.)
4) Bila korang rasa ikan tu dah masak so korang boleh la angkat dan letak dalam pinggan ea..heheheh

Bahan- Bahan Sos Lemon



* Bawang Holland (1/2 biji dipotong dadu)
* Tepung Gandum ( 1 sudu besar)
* Butter ( 3 sudu besar)
* Lemon ( 1 biji dihiris menjadi 4 keping)
* Susu Full Cream ( 200 ml @ depend pada banyak mada sos yang korang nak)
* Garam ( secukup rasa)
* Serbuk Mixed Herb  

Cara Penyediaan :-

1) Sila guna non stick pan ea hehhee.. Dengan menggunakan api yang kecil, masukkan butter dan bawang holland. Kacau sehingga bawang kelihatan sedikit layu.
2) Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati.
3) Bila korang rasa tepung dah sebati korang masukkan pulak susu dan kacau lagi sampai sebati. 
4) Akhir sekali sila lah masukkan lemon, serbuk mixed herbs dan garam. Masukkan garam sampai korang rasa rasa sos korang tu dah cukup garam and meletops.
5) Masak sos korang tu sampai sos jadi pekat tau tapi ikut suka korang la ea nak pekat macam mana sebab da orang suka pekat da orang x berapa suka.. 
6) Pastikan korang sentiasa kacau ea sebab takut nanti sos jadi berketul pulak.. heheheh
7) ok bila sos korang dah siap korang boleh terus tuang kat atas salmon korang..
8) ok sekarang salmon korang dah siap untuk di ngap...

hehehehe sedap kan.. ha kalau sedap apa tunggu lagi sila la h cuba ea.. masak la untuk insan tersayang mesti die suka.. hehhehe ^_^

Big Love and Hug
WanieZulkafli
 xoxo



Unknown

Assalamualaikum..
heheheh bulan puasa nie semangat untuk berkongsi resepi semakin membuak2..hohohoh ea la time2 nie la semua jenis makanan nampak sedap ea dak?? ok sekarang wanie nak kongsi resepi Kek Batik pulak. Budak2 memang suka sangat kek macam nie sebab macam makan coklat hehehe.

Bahan-Bahan 

* Biskut Marie (1pkt dihancurkan)
* Serbuk koko (ikut suka korang nak banyak mana)
* Milo (1 paket kecil)
* Susu pekat manis (1/2 tin)
* Butter ( 250g)
* SpringForm Pan


Cara Penyediaan :-

1) Cairkan butter dalam periuk. 
2) Kemudian masukkan susu pekat dan gaul sebati.
3) Masukkan serbuk koko dan milo di dalam adunan tadi dan gaul sebati ( api yang kecil sahaja ea).
4) Masukkan biskut marie yang dah dipatahkan tadi ke dalam periuk dan gaul sehingga sebati.
5) Masukkan dalam loyang dan biarkan didalam peti sejuk selama 4 ke 5 jam (sehingga kek keras ea)
6) Sedia untuk dihidang..


hahahaha lagi senangkan.. cuba la anak2 korang dan adik2 korang  mesti suka.. nyum nyum!! 
SELAMAT MENJAMU SELERA.

Big Love and Hug
WanieZulkafli
 xoxo


Unknown

Assalamualaikum..
heheheh hai semua hari nie wanie nak kongsi lagi satu resepi mudah dengan korang semua. Tapi yang nie kene guna oven ea.. heheheh semuanya kek kek dan kek sebab wanie adalah CAKE LOVE!!
ok jom kita mulakan..

Bahan-Bahan


* Nutella
* Biskut Oreo ( 2 Pkt yg dah dibuang cream)
* Telur (4 biji)
* Perisa Vanila (2 tsp)
* Gula (1 cawan)
* Susu Penuh Cream (3/4 cawan)
* Cream Cheese (1kg)
* Unsalted Butter (8 g)
* Tepung Jagung (1 tsp)
* SpringForm Pan




Cara Penyediaan :-

1) Cairkan Butter
2) Kisar Oreo sehingga hancur kemudian masukkan butter yang telah dicairkan tadi dan kisar lagi sehingga sekata.
3) Masukkan bahan2 tadi di dalam acuan.dan ratakan.
4) Masukkan di dalam oven pada suhu 180 c (350 f) selama 13 ke 15 minit.
5) Campurkan cream cheese dan susu di dalam bekas dan gaul sebati.
6)Kemudian masukkan 1 cawan gula, tepung jagung, perisa vanila dan gaul lagi sehingga sebati.
7) Masukkan telur didalam adunan tadi dan kacau lagi sehingga sebati.
8) Asingkan 1/3 daripada bahan adunan dan selebihnya kita campurkan bersama 2/3 cawan nutella dan gaul sebati.
9) Masukkan 1/3 daripada adunan yang di asingkan di atas adunan oreo yang telah dibakar tadi dan ratakan.
10) Kemudian masukkan 2/3 daripada adunan yang telah di campur dengan nutella di atas adunan  dan ratakan.
11) Bakar pada suhu 300 f (150c) selama 45 ke 55 minit. Kemudian tutupkan oven tetapi biarkan cake didalam oven selama 1 Jam
12) Kemudian Keluarkan cake dan biar ia sejuk.
13) Sementara itu kita panaskan 1/3 cawan susu jangan sampai ia mendidih ea.. Kemudian campurkan susu panas tadi bersama 2/3 cawan nutella dan gaul sebati.
14) Tuangkan Nutella tadi ke atas kek dan ratakan.Kemudian biarkan kek di dalam peti sejuk semalaman.
15) Hias kek mengikut citarasa anda.
16) Jeng jeng jeng kek sudah siap untuk dihidang..

heheheh Selamat mencuba ea.. 

Big Love and Hug
WanieZulkafli
 xoxo

Unknown

Nyum Nyum!! hehehe nampak sedapkan ^_^ hari nie wanie nak kongsi resepi yang simple dan mudah dengan korang. Tak perlu guna oven pun hehhe boleh la cuba ea..

Bahan-Bahan

* strawberry
* Biskut Oreo (1 pkt)
* Butter (110 g)
* Susu Full Cream ( 200 ml)
* Milk Chocolate (200 g)
* Dark Chocolate (100 g)
* Tart pan (5x14 inci / 12 x 36 cm)
* Almond (yang dah dipotong halus)


Cara Penyediaan :-


1) Cairkan butter.
2) Kisar oreo sehingga hancur. Kemudian masukkan butter yang dah dicairkan tadi dan kisar lagi sehingga sebati.
3) Masukkan bahan2 yang dah dikisar tadi ke dalam acuan dan ratakan kemudian biarkan didalam peti sejuk sementara kita sediakan bahan yang lain.
4) Patah-patahkan milk coklat dan dark coklat kemudian letakkan di dalam bekas.
5) Panaskan susu pada suhu sederhana dan pastikan jangan sampai susu mendidih. Kemudian masukkan susu tadi didalam bekas yang berisi coklat tadi. Biarkan selama 1 minit kemudian gaul sebati.
6) Masukkan kan adunan  di dalam acuan yang berisi oreo tadi kemudian hiaskan dengan strawberry mengikut cita rasa korang ea.. hehehe
7) Biarkan di dalam peti sejuk selama 2 jam atau seharian.
8) Hiaskan tart tadi dengan almond yang dah dipotong tadi ea.
9) OK siap untuk dihidang..


Ha senangkan.. hehehe selamat mencuba ea..

Big Love and Hug
WanieZulkafli
 xoxo