Unknown
Assalamualaikum.. 
Selamat pagi semua.. hehehe hari nie wanie nak kongsi resepi western food pulak dengan korang.. hehehe resepi nie wanie ambik dari blog kesukaan wanie blog kak ana. Tq akak untuk resepi yang simple dan sedap.. nyum nyum.. ok moh la kita tengok macam mana nak buat ea..

Sumber dan resepi credit to : mylovelyfamily-ana.blogspot.com
Picture credit to : Mr. Google

Bahan-bahan Perapan 

* Salmon
* Serbuk lada Hitam brand MCcormick
* Serbuk lada Putih brand MCcormick
* Mixed Herbs brand MCcormick
* Daun Rosemary brand MCcormick
* Garam
* Olive Oil

Cara Perapan :-

1) Perapkan salmon bersama kesemua bahan2 kecuali olive oil di atas selama 5 ke 10 minit. (Kuantiti bahan perap ikut citarasa korang ea)
2) Kemudian panaskan olive oil menggunakan  non stick pan dengan menggunakan api sederhana ea.. 
3) Setelah minyak panas masukkan salmon yang telah di perap tadi. Korang boleh masak salmon tu sampai agak2 masak sebab macam kata kak ana masak salmon jangan lama2 sebab nanti salmon jadi keras.. huhuhu ( terbalik-terbalikkan ikan tu ea untuk make sure dua2 bahagian masak.)
4) Bila korang rasa ikan tu dah masak so korang boleh la angkat dan letak dalam pinggan ea..heheheh

Bahan- Bahan Sos Lemon



* Bawang Holland (1/2 biji dipotong dadu)
* Tepung Gandum ( 1 sudu besar)
* Butter ( 3 sudu besar)
* Lemon ( 1 biji dihiris menjadi 4 keping)
* Susu Full Cream ( 200 ml @ depend pada banyak mada sos yang korang nak)
* Garam ( secukup rasa)
* Serbuk Mixed Herb  

Cara Penyediaan :-

1) Sila guna non stick pan ea hehhee.. Dengan menggunakan api yang kecil, masukkan butter dan bawang holland. Kacau sehingga bawang kelihatan sedikit layu.
2) Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati.
3) Bila korang rasa tepung dah sebati korang masukkan pulak susu dan kacau lagi sampai sebati. 
4) Akhir sekali sila lah masukkan lemon, serbuk mixed herbs dan garam. Masukkan garam sampai korang rasa rasa sos korang tu dah cukup garam and meletops.
5) Masak sos korang tu sampai sos jadi pekat tau tapi ikut suka korang la ea nak pekat macam mana sebab da orang suka pekat da orang x berapa suka.. 
6) Pastikan korang sentiasa kacau ea sebab takut nanti sos jadi berketul pulak.. heheheh
7) ok bila sos korang dah siap korang boleh terus tuang kat atas salmon korang..
8) ok sekarang salmon korang dah siap untuk di ngap...

hehehehe sedap kan.. ha kalau sedap apa tunggu lagi sila la h cuba ea.. masak la untuk insan tersayang mesti die suka.. hehhehe ^_^

Big Love and Hug
WanieZulkafli
 xoxo



0 Responses

Post a Comment