Unknown


Assalamualaikum semua.. ^_^

Ok malam nie wanie nak share resepi yag wanie dapat dari FB akak Azlina Inas. Resepi Puding Custard AiskriM Yogurt.. tq akak untuk resepi yang mudah and sedap nie :* Puding nie rasa die memang sedap sebab da rasa lemak2 manis and masam2 gitew hahaha cuba sekali pasti nak lagi ^_^

Bahan-Bahan

1 cawan susu cair @ susu segar (wanie guna susu segar)
1/2 cawan tepung custard
1/4 cawan susu pekat ( untuk adunan custard)
1/4 cawan susu pekat (untuk adunan yogurt)
125 gm cream cheese
1 cawan whipping non diary
2 sb yogurt plain
1/2 cawan air masak
sedikit garam
Strawberry filling
Buah strawberry (dipotong mengikut citarasa korang ea)


Cara Penyediaan

1) Satukan susu segar, tepung custard, susu pekat, air masak dan garam dan whisk sebati sampai jadi macam gambar kat bawah nie ea. gambar credit to akak Azlina Ina ^_^



2) Bila adunan dah sebati kita tapiskan dan masak atas api kecik. Kacau sampai creamy dan kita kene kacau tanpa henti tau untuk elak adunan jadi berketul2. Creamy tu maksudnya dia akan jadi macam pekat sikit macam ala2 susu pekat gitew. bila dah pekat sila ketepikan adunan ea.

3) untuk adunan ke yogurt. kita mix kan cream cheese dengan susu pekat. bila dah sebati masukkan pulak whipping cream non diary. mix sebati sampai jadi warna putih and x perlu kental sagat ea.



4) Lepas tu asukkan pulak yogurt plain dan kacau lagi. siap dan ketepikan.

5) Masukkan adunan custard dalam piping bed. Ambik bekas puding yang korang nak dan susun cantik2 sebab kita nak start buat puding kita dah hehehe

5) Firstly masukkn adunan custard dulu. Kemudian masukkan filling dan last sekali masukkan adunan yogurt. Ulang 3 step nie sampai penuh bekas puding korang ea.

6) Lepas siap boleh hias dengan strawberry yang dah dipotong tadi dan freeze selama 30 minit.

7) Siap untuk di mamam bersama tersayang..


hehehe SELAMAT MENCUBA ^_^

Big Love and Hug 
WanieZulkafli
xoxo






0 Responses

Post a Comment