Unknown
20 FEBRUARY 2016

Assalamualaikum...

hai readers.. Cuti Chinese New Year hari tu wanie dan keluarga gi beriadah di Tasik Y dan Pantai Minyak Beku. Untuk orang batu pahat nama 2 tempat nie memang dah sebati dengan penduduk Batu Pahat hahaha sebabnya kat sini memang tempat family datang beriadah dan kebiasaannya kat taman nie memang akan sesak dengan keluarga bila hujung minggu atau pada waktu petang.. so entry kali nie wanie citer tentang tasik Y dulu ea.. Tasik Y nie terletak di pinggir Bandar Batu Pahat dan maknanya jauh la dari kesibukkan bandar so kalau korang datang sini memang tenang je.. (ignore suara budak2 main hahah) Kalau nak ke Tasik Y, lokasinya adalah jalan menuju ke Hospital Batu Pahat.. kalau susah sila la tnya EN. Google Map atau En. Waze.. dieroang confirm tau.. ^_^

Tasik Y nie dapat nama macam tu sebab kat sini dieorang buat tasik tu bentuk macam "Y" so sebab tu la nama die tasik Y



Ha nie la family kesayangan saya!! yang belakang tu la tasik Y.. hahaha x jelas sangat sebab kalau nak jelas bentuk Y tu kene la ambik dari pandangan atas tapi masalahnya mana pulak la chek nak tangkap gambar dari pandangan atas.. so yang nie pun ok la hahaha

Bagi wanie tempat nie memang best kalau kita just nak bersantai2 rehat2, tenangkan fikiran dengan keluarga dan semua benda nie akan buat kita lagi dekat dengan family kita. Bagi wanie yang unik nya tentang taman nie adalah sebab kat taman nie ada 2 patung dinosaur, t-rex dan triceratops ( dinosaur yang macam badak tu hahaha). hahah untuk orang lain mungkin fikir "ala patung jer kot" tp bg wanie benda nie best kot hahaha bukan tu jer kat sini pun ada tempat permainan kanak2 so bagi yang bawak anak2 kecik tu boleh la korang layankan anak2 korang main2 kat situ.. Bagi yang nak bersenam kat sini pun ada alatan senaman. So senang citer kalau datang sini korang boleh beriadah kat bawah pokok.. jalan2 tepi tasik.. simple picnic dan bersenam.. haaa best kan.. simple but best.. ha apa yang nak di expect dari tempat riadah kalau nak lebih2 g la holiday hahahah.

ha lupa plak benda penting.. kat sini pun ada gerai makan.. jadi kalau malas la bawak makanan dari rumah boleh la makan kat kedai yang ada kat sini.. kedai makan kat sini bukak dari pagi sampai la ke malam. but sorry no comment untuk kedai makanan kat sini.. sedap atau x wanie pun xtau hahah sebab wanie x pernah try lagi.. nanti kalau dah try wanie gthu ea.. ;) tapi orang kata menu popular kat sini ABC dan Yong Tau Fu. so nanti kalau korang datang sila la try yang nie dulu huhuh.

Sampai sini je la ea cerita tentang Tasik Y. sila2 kan la menjamu mata dengan gambar2 wanie dan keluarga kat bawah nie ea..
















ok la sampai sini je la untuk entry kali nie..


Salam Sayang

WanieZulkafli
xoxo






0 Responses

Post a Comment